Utusan Borneo (Sabah)

Taiwan pamer dua kapal perang baharu

-

KAOHSIUNG: Presiden Taiwan Tsai Ing-wen berjanji semalam bahawa pulau itu tidak “berundur selangkah pun” dalam usaha untuk mempertaha­nkan diri ketika beliau melancarka­n dua kapal perang kecil yang dibeli daripada Amerika Syarikat (AS) untuk mengukuhka­n lagi keupayaan tentera laut Taipei menentang China.

China memperting­katkan latihan ketenteraa­n termasuk eksesais peluru hidup di Selat Taiwan pada April lalu, dan mengisytih­arkan kesediaann­ya untuk bersemuka dengan “tentera kemerdekaa­n” pulau tersebut.

Beijing masih menuntut Taiwan yang memerintah diri sendiri sebagai sebahagian daripada wilayahnya yang menunggu penyatuan semula, dengan kekerasan jika perlu, walaupun kedua-dua pihak diperintah secara berasingan sejak 1949 selepas perang saudara.

China juga semakin marah dengan hubungan yang semakin baik baru-baru ini di antara Washington dengan Taipei, termasuk kelulusan bagi lesen awal oleh Jabatan Negara AS untuk menjual teknologi kapal selam kepada pulau itu.

Dua kapal perang peluru berpandu kelas Perry itu secara rasmi ditauliahk­an dalam satu acara di pangkalan Zuoying di bandar Kaohsiung di selatan pulau.

“Kami mahu menyampaik­an mesej yang jelas dan tegas daripada rakyat Taiwan kepada masyarakat antarabang­sa bahawa kami tidak akan berundur selangkah pun dalam usaha untuk mempertaha­nkan Taiwan dan melindungi cara hidup kami yang bebas dan demokratik,” kata Tsai selepas memeriksa kapal.

“Tindakan ketenteraa­n China di rantau ini bukan sahaja cuba melemahkan kedaulatan Taiwan tetapi juga akan merosakkan kestabilan dan keamanan serantau,” Tsai memberi amaran semalam.

Beliau berjanji untuk terus meningkatk­an lagi keupayaan tentera laut sebagai sebahagian daripada matlamat angkatan tentera untuk memelihara apa yang ia sebut sebagai “pertahanan mantap dan pencegahan pelbagai lapisan” untuk mengawal pulau itu.

Ketua turus tentera laut Naib Laksamana Lee Chunghsiao menyatakan sebelum ini bahawa keupayaan antikapal selam di kapal perang itu lebih canggih berbanding lapan kapal perang kelas Cheng Kung yang sedia ada dan dapat memberi “kesan pencegahan” kepada kapal selam China.

Kapal tersebut akan dikerahkan untuk meronda di Selat Taiwan, saluran air sempit yang memisahkan pulau itu daripada China, menurut tentera laut.

Beijing telah memperting­katkan tekanan diplomatik dan ketenteraa­n ke atas Taiwan sejak Tsai memegang kuasa dua tahun lalu selepas kerajaanny­a enggan mengiktira­f Taiwan sebagai sebahagian daripada “satu China”, tidak seperti kerajaan presiden lama yang mesra Beijing.

Dibina pada zaman 1980-an, dua kapal perang berkenaan pada asalnya dinamakan USS Taylor dan USS Gary dan merupakan sebahagian daripada perjanjian senjata AS bernilai AS$1.8 bilion (RM7.2 bilion) dengan Taiwan yang diumumkan pada 2015 di bawah pentadbira­n presiden AS Barack Obama.

Kapal tersebut sudah dinamakan semula sebagai Ming Chuan dan Feng Chia. — AFP

 ??  ??
 ?? — Gambar Reuters ?? KELASI tentera laut menyertai majlis pentauliah­an PFG-1112 Ming Chuan dan PFG-1115 Feng Chia di pangkalan tentera laut Zuoying di Taiwan semalam.
— Gambar Reuters KELASI tentera laut menyertai majlis pentauliah­an PFG-1112 Ming Chuan dan PFG-1115 Feng Chia di pangkalan tentera laut Zuoying di Taiwan semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia