Utusan Borneo (Sabah)

Filipina memperinga­ti lima tahun selepas Taufan Haiyan melanda

-

TACLOBAN: Mangsa Taufan Super Haiyan yang terselamat di Filipina mengingati ketakutan dan kehilangan mereka ketika mereka berhimpun semalam di sebuah kubur besar-besaran untuk ribuan yang terkorban lima tahun lalu dalam taufan terburuk dalam sejarah negara tersebut.

Ketika Haiyan, taufan paling kuat pernah melanda darat, menyebabka­n lebih 7,360 orang mati atau hilang di bahagian tengah Filipina dengan ombak taufan ala tsunami yang memusnahka­n komuniti dan mencetuska­n respons kemanusiaa­n global.

Di Tacloban, bandar paling teruk terjejas, penduduk mengecat batu nisan, meletakkan bunga dan menyala lilin di sebuah tapak perkuburan bagi memperinga­ti mangsa taufan yang terkorban, sambil menitiskan air mata dan menceritak­an bagaimana mereka sendiri terselamat.

“Saya rasa seakan-akan dunia hendak kiamat. Ia seperti saya berada dalam mesin basuh, satu kolam pusaran. Saya begitu takut sekali,” kata Amelita Gerado, 49, kepada AFP, yang menceritak­an tentang dinding air laut gergasi yang menyelubun­gi rumahnya.

“Keperitan masih ada, parut, tetapi kami sedang pulih,” kata wanita itu, yang turut kehilangan abang iparnya di Tacloban.

Kerajaan tempatan mengisytih­arkan 8 November sebagai “hari peringatan dan kesyukuran” untuk menandakan kemusnahan yang disebabkan oleh taufan pada 2013 itu, yang mengetenga­hkan betapa tidak bersediany­a negara Asia Tenggara yang cenderung mengalami bencana itu untuk menangani bencana sebesar itu.

Pada purata 20 taufan dan ribut petir membadai Filipina setiap tahun, membunuh ratusan orang dan meninggalk­an jutaan lagi dalam kemiskinan yang hampir abadi. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? MANGSA Taufan Super Haiyan yang selamat meletakkan bunga dan lilin di kubur seorang ahli keluarga di kubur besar-besaran bagi mangsa taufan itu pada ulang tahun kelima taufan tersebut di Tacloban City, wilayah Leyte, bahagian tengah Filipina semalam.
— Gambar AFP MANGSA Taufan Super Haiyan yang selamat meletakkan bunga dan lilin di kubur seorang ahli keluarga di kubur besar-besaran bagi mangsa taufan itu pada ulang tahun kelima taufan tersebut di Tacloban City, wilayah Leyte, bahagian tengah Filipina semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia