Utusan Borneo (Sabah)

Pelajar perlu responsif hadapi cabaran: Limus

- Oleh KENNEDDY CORLLEUS

GOLONGAN pelajar perlu lebih responsif dan bersedia menghadapi cabaran serta persaingan demi menjamin masa depan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Penyu Datuk Limus Jury berkata ia penting supaya golongan pelajar tidak ketinggala­n dalam persaingan dunia tanpa sempadan kini.

“Pelajar mesti responsif terhadap tuntutan semasa dalam mengharung­i cabaran hidup yang semakin kompleks, terutamany­a dalam era teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) dan globalisas­i ini.

“Saya berharap agar pelajar dan generasi muda kini menjadi lebih peka, celik minda, mampu melihat jauh ke hadapan serta dapat menjana minda dengan penguasaan ilmu pengetahua­n dalam pelbagai bidang untuk menjadi insan berdaya saing,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Penyerahan Bantuan Kewangan Daripada Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) / e-Kasih 2018 di SMK Pekan Kuala Penyu, pada Khamis.

Limus berkata sebagai aset penting negara dan kepimpinan masa hadapan, generasi muda masa kini perlu lebih bijaksana dalam membina jatidiri dan tidak mudah terjebak dalam aktiviti negatif yang boleh menghancur­kan masa hadapan mereka.

Katanya, pendidikan adalah proses mentransfo­rmasikan insan supaya menjadi individu produktif dan mampu menyumbang dalam mengukir kejayaan.

Sehubungan itu, menghargai sumbangan dan jasa bakti dicurahkan oleh guru-guru bagi mendidik anak-anak generasi muda.

Mengenai bantuan itu, beliau berharap agar ia digunakan dengan sebaikbaik­nya untuk tujuan pembelajar­an semata-mata dan bukan untuk tujuan lain.

 ??  ?? SEBAHAGIAN pelajar yang menerima bantuan merakamkan gambar kenangan bersama Limus.
SEBAHAGIAN pelajar yang menerima bantuan merakamkan gambar kenangan bersama Limus.
 ??  ?? SEBAHAGIAN lagi pelajar menerima bantuan kewangan daripada Limus.
SEBAHAGIAN lagi pelajar menerima bantuan kewangan daripada Limus.
 ??  ?? LIMUS menyampaik­an bantuan kepada salah seorang pelajar.
LIMUS menyampaik­an bantuan kepada salah seorang pelajar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia