Utusan Borneo (Sabah)

Liga KDMM 2019: Pemilihan KDM Inanam 10-11 Nov di UMS

- Oleh VITALIS G. BINGKASAN

KOTA KINABALU: Pasukan bola sepak KDM Inanam akan mengadakan pemilihan terbuka di Padang C Universiti Malaysia Sabah (UMS) pada 10-11 November ini.

Sehubungan dengan itu, pemain terutamany­a di kawasanIna­namdanseki­tarnya yang ingin menyarung jersi KDM Inanam dialu-alukan datang ke pemilihan itu.

Pemilihan itu adalah sebagai persiapan menghadapi edisi kedua Liga Bola Sepak KDMM 2019 termasuk Karnival Kejohanan Piala KDM Malaysia semasa Perlawanan Piala Sumbangsih di Stadium Keningau pada 8 Disember.

Karnival Kejohanan Piala KDM Malaysia itu disifatkan sebagai pemanas badan bagi pasukan-pasukan yang mengambil bahagian pada Liga KDMM 2019 yang dijadualka­n bermula pada Januari.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Inanam, Kenny Chua (gambar) sebagai penaung pasukan KDM Inanam berkata, keduadua sesi pemilihan itu akan diadakan pada jam 2.00-6.00 petang.

Antara syarat penyertaan adalah pemain mestilah tidak terikat kontrak dengan manamana pasukan negeri atau kelab dan tidak tersenarai dalam skuad bawah 19 dan Piala Presiden Sabah 2019.

Pemain juga mestilah pemegang MyKad atau pasport dan berusia 15 tahun ke atas.

“Datang dengan pakaian lengkap bermain dan bawa salinan MyKad atau pasport,” kata Kenny.

Sebagai rekod KDM Inanam menduduki tangga ke-10 di kalangan 15 pasukan pada edisi pertama Liga KDMM 2014-2015.

Untuk keterangan lanjut mengenai pemilihan KDM Inanam diminta menghubung­i jurulatihy Justine Saning (012-8306568), Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat (PPM) Benny Chua (0112522110­2), Ronny (0128234849) atau Mohd Yatim (017-7660819).

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia