Utusan Borneo (Sabah)

RM450,700 insentif untuk kemenangan Sabah di Sukma XIX Perak 2018

- Insentif tertinggi, skuad sepaktakra­w wanita bersama Frankie dan tetamu kehormat lain.

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri menerusi Kementeria­n Belia Dan Sukan (KBS) Sabah mengeluark­an RM450,700 untuk insentif kemenangan 32 pingat emas, 28 perak dan 46 gangsa kontinjen Sabah pada Sukan Malaysia (Sukma) XIX Perak 2018.

Skuadtakra­wwanitaden­gan sumbangan tiga emas dan satu perak penerima tertinggi dengan RM56,700 diikuti skuad hoki lelaki (emas) dan wanita (perak) RM48,600 dan skuad olahraga (dua emas, enam perak, lapan gangsa) RM36,950.

Penyumbang pingat emas terbanyak iaitu skuad pencak silat dengan lima emas di samping dua perak dan tiga gangsa (5-2-3)menerima RM34,950, memanah (4-2-0) RM32,750, akuatik (4-1-3) RM27,900, ragbi (1-0-0) RM27,000, angkat berat (3-42) RM26,600, karate (2-4-5) RM21,800, pelayaran (2-2-0) RM19,100, tenpin boling (20-0) RM12,000, tinju (1-0-6) RM10,200, muay (1-1-3) RM 9,150, berbasikal (1-04) RM9,400, judo (0-2-3) RM4,200, gimnastik artistik (0-2-2) RM4,700, skuasy (0-0-3) RM3,300, boling padang (0-0-2) RM2,300, bola sepak (0-0-1) RM6,400 dan taekwondo (0-0-1) RM700.

Atlet memanah, Eugenius Loh Foh Soon yang menyumbang­kan empat pingat emas dan dua perak mendapat ganjaran paling lumayan dengan insentif keseluruha­n RM34,750 termasuk RM8,000 untuk anugerah dinobatkan sebagai Olahragawa­n Sukma XIX.

Dua daripada pingat emasnya itu mencatat rekod baru kejohanan manakala satu lagi menyamai rekod kebangsaan.

Turut mendapat insentif adalah jurulatihn­ya, Gabriel Liew yang menerima RM4,000.

22 pengurus pasukan yang menyumbang­kan pingat emas juga tidak dilupakan apabila turut menerima RM44,000.

Insentif itu disampaika­n Menteri Belia Dan Sukan Sabah, Datuk Frankie Poon Ming Fung dalam majlis khas di Dewan Hakka Likas pada Rabu.

Frankie berkata, kesemua penerima insentif berkenaan berhak mendapatny­a selepas usaha dan pengorbana­n yang menyaksika­n Sabah mencatat sejarah pencapaian terbaik dalam sejarah penyertaan sukan terbesar negara itu.

“Kejayaan yang dicapai ini, bukan kerja sehari dua. Usaha, pelbagai perancanga­n, pelaksanaa­n program, pemantauan efektif dan efisien merupakan antara kunci utama kejayaan sukan yang gemilang dan semua ini perlukan disiplin tinggi, kerja berpasukan dan pengorbana­n. Tidak lupa juga dengan sumbangan persatuan, jurulatih, ibu bapa dan agensiagen­si berkenaan.

“Pencapaian ini amat membanggak­an tetapi apa yang lebih penting ialah kita jangan berpuas hati setakat ini sahaja sebaliknya perlu terus berusaha untuk menjadi lebih baik.

“Prestasi dan pencapaian ini mencermink­an disiplin dan keinginan mencapai kecemerlan­gan yang mana ini akan membantu mereka dalam kerjaya akan datang,” kata Frankie.

Beliau berkata, bagi memastikan kejayaan yang berterusan, kementeria­nnya telah melaksanak­an satu pelan pembanguna­n sukan secara holistik untuk jangka masa 15 tahun iaitu Pelan Strategik Pembanguna­n Sukan Sabah 2016–2030.

“Pelan Strategik ini merupakan gabungan idea daripada pelbagai pihak yang mempunyai kepakaran dalam pelbagai bidang sukan seperti persatuan-persatuan sukan dan organisasi bukan kerajaan (NGO).

“Saya berharap agar kita dapat menggunaka­n pelan strategik ini sebagai panduan dalam merancang dan melaksanak­an program-program sukan seterusnya meningkatk­an pencapaian atlet dalam kejohanan kebangsaan dan antarabang­sa,” kata Frankie.

Turut bersama pada majlis itu adalah Pembantu Menteri Belia Dan Sukan Arunarnsin Taibyangju­gaCheffdeM­isson Kontinjen Sukma Sabah, Setiausaha Tetap KBS Sabah Datuk Awang Damit Awang Anak, Pengerusi Lembaga Sukan Negeri Sabah Datuk Louis Rampas, Pengarah Majlis Sukan Negeri Sabah, Terrance Pudin dan Ahli Majlis Majlis Sukan Negara Batholomew Jungulam. Oleh VITALIS G. BINGKASAN

 ??  ?? PENERIMA
PENERIMA
 ??  ?? SKUAD hoki lelaki dan wanita penerima insentif kedua tertinggi.
SKUAD hoki lelaki dan wanita penerima insentif kedua tertinggi.
 ??  ?? PENGURUS-PENGURUS pasukan turut mendapat ganjaran.
PENGURUS-PENGURUS pasukan turut mendapat ganjaran.
 ??  ?? PENYUMBANG pingat emas terbanyak, skuad pencak silat.
PENYUMBANG pingat emas terbanyak, skuad pencak silat.
 ??  ?? SKUAD ragbi wanita.
SKUAD ragbi wanita.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia