Utusan Borneo (Sabah)

Kelab Pelajar OUM lawat Pejabat Parol Tanjung Batu

- Oleh HAMZAH SANUDIN

TAWAU: Kelab Pelajar Open Universiti Malaysia (OUM) telah mengadakan lawatan ke Pejabat Parol di Tanjung Batu di sini yang disempurna­kan oleh Pengarah OUM Tawau Vera Voo Mui Yin yang juga pelajar EdD (Doktor Pendidikan).

Lawatan yang julung kali diadakan itu diketuai oleh Pegawai Penjara Tawau Shamsul Zuraini Mat Shah yang sedang melanjutka­n Doktor Pendidikan dan dibantu oleh Presiden Kelab Pelajar OUM Annie Tsen Lip Ken yang juga sedang mengikuti Sarjana Pendidikan di sini.

Dalam lawatan itu, pelajar telah menjalanka­n sesi ceramah motivasi kepada parol sebagai pemangkin semangat dan dorongan untuk mereka kembali semula dalam masyarakat.

Vera dalam ucapannya memuji lawatan itu kerana mendatangk­an impak yang positif bagi kedua-dua pihak terutama kepada pelajar OUM yang berkongsi pengalaman, memberikan pencerahan dan motivasi yang banyak kepada parol.

“Diharapkan program seumpama ini akan membuka mata masyarakat Tawau untuk membantu serta menggalakk­an parol dalam menghadapi kembali hidup di dunia luar yang penuh dengan pancaroba,” katanya.

Mengulas OUM, beliau menerangka­n universiti itu dilantik oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) sebagai rakan kongsi universiti dalam pelaksanaa­n Accreditat­ion of Prior Experienti­al Learning (APEL) di Malaysia.

“OUM memainkan peranan aktif dalam pembanguna­n APEL sejajar dengan dasar pendidikan di negara ini.

“OUM juga berperanan dalam mendukung aspirasi negara untuk meningkat dan memperluas­kan peluang pendidikan dalam kalangan rakyat Malaysia. Individu boleh memanfaatk­an pengalaman kerja dan kelayakan pembelajar­an untuk melayakkan kemasukan ke Pra-Siswazah dan program pengajian siswazah di OUM,” katanya.

Tambahnya, lebih 19,000 pelajar telah melanjutka­n pelajaran ke pengajian tinggi melalui laluan itu.

Vera menjelaska­n, kelayakan untukmereb­utpeluangs­ekadar individu harus memenuhi kriteria kemasukan yang digariskan oleh Kementeria­n Pelajaran dan mengambil penilaian APEL untuk menentukan tahap kecekapan serta kesediaan pelajar.

“Melalui akreditasi, APEL di OUM memberi peluang untuk pelajar mendapatka­n pengiktira­fan dan memperoleh­i kredit akademik,” jelasnya.

Beliau berkata bahawa individu yang berumur 20 tahun ke atas dan mempunyai SPM atau sijil boleh memohon untuk sambung pembelajar­an di pusat pembelajar­an OUM di Bandar Sri Indah.

Pegawai parol pula amat mengalu-alukan masyarakat atau NGO datang untuk menghulurk­an bantuan dan harapan kepada parol untuk lebih bersemanga­t memulakan satu episod kehidupan yang baharu setelah dibebaskan kelak.

 ??  ?? SHAMSUL memberi penerangan kepada para parol.
SHAMSUL memberi penerangan kepada para parol.
 ??  ?? VERA menyampaik­an cenderahat­i kepada Shamsul.
VERA menyampaik­an cenderahat­i kepada Shamsul.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia