Utusan Borneo (Sabah)

Skuad AADK fokus tentang DIA

-

KUDAT: Skuad Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Daerah Kudat kini fokus Kempen menentang D.I.A (Dadah, Inhalan, Alkohol) melalui pendekatan yang meliputi aspek JERIS (Rohani, Emosi, Intelektua­l dan Sahsiah).

Pengerusi skuad Muhammad Irfan Dutchan berkatausa­haskuaditu­adalah mendukung langkah AADK khasnya dalam membantera­s dadah dan salah satu aspek yang ditekankan adalah mendekati komuniti.

Katanya pelbagai aktiviti dirancang bagi menyahut seruan kerajaan dalam memperkasa­kan kempen kesedaran anti dadah dan begitu juga penghiduan gam di antara yang akan ditekankan oleh skuad, agar masyarakat peduli penularan inhalan sejenis gam yang juga berpotensi menjerumus kepada aktiviti tidak sihat dan memudaratk­an.

Penglibata­n positif kepimpinan setempat adalah perlukhusu­snyadikamp­ungkampung, katanya dalam ucapan beliau di Program Skuad Bersama Komuniti.

Beliau menggesa kepimpinan di setiap kampung ataupun penempatan membentuk organisasi pencegahan komuniti sendiri dan memanfaatk­an agensi berkaitan untuk menjayakan aktiviti mereka.

“Program berkala adalah amat penting untuk memastikan kampung bebas dadah berjaya, begitu juga diharap penduduk kampung khususnya perlu memberikan kerjasama yang baik dan peduli agar sejahtera bersama itu berlaku,” katanya.

Turut menjayakan program gotong-royong komuniti itu adalah wakil Parti Warisan Tg Kapor dan Banggi, Skuad Aduan Warisan Kudat, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Kudat, Usia Kudat, Pengakap Daerah Kudat, KREW Kelana (B) Udara, Persatuan Adab dan Aman Malaysia (Kudat), Persatuan Komuniti Bajau Simunul, Pusat Tadika Anak Soleh dan penduduk kampung.

“Saya yakin skuad ini akan dekat di hati komuniti setempat dan berkongsi mesej kesedaran yang bermanfaat untuk masyarakat khususnya,” kata Ketua AADK Kudat Fazilawati Aji.

 ??  ?? FAZILAWATI bersama AJK penganjur.
FAZILAWATI bersama AJK penganjur.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia