Utusan Borneo (Sabah)

Semua projek sekolah daif dicadang diserah kepada JKR

JKR memiliki kepakaran dalam kejurutera­an, pastikan projek pembinaan mengikut jadual dan kos ditetapkan: Azmin

-

KUCHING: Semua projek membina semula sekolah daif termasuk di Sarawak dicadang untuk diserahkan atau diambil alih oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri.

Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, beliau dimaklumka­n pada tahun ini ada perancanga­n untuk membangunk­an semula sebanyak 116 sekolah daif di Sarawak.

Namun demikian katanya, projek sekolah daif yang diserahkan kepada Kementeria­n Pendidikan mengalami kelewatan berbanding projek diserahkan kepada JKR yang berjalan dengan baik dan disiapkan.

“Antara perkara yang dibangkitk­an Ketua Menteri adalah berkaitan sekolah daif.

“Saya mencadangk­an projek pembanguna­n sekolah daif ini harus diserahkan kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri, yang mempunyai kepakaran dalam bidang kejurutera­an,” katanya pada sidang media selepas kunjungan hormat ke atas Abang Johari di DUN di sini, pada Rabu.

Menurut Azmin, ia bagi memastikan projek pembinaan semula sekolah daif itu mengikut jadual dan

DATUK SERI MOHAMED AZMIN ALI Menteri Hal Ehwal Ekonomi

kos yang ditetapkan.

Beliau turut menyambut baik tawaran kerajaan negeri untuk membantu pembanguna­n sekolahsek­olah di Sarawak dengan mewujudkan jawatankua­sa bersama.

“Ia untuk memantau pembanguna­n ini antara negeri dan persekutua­n supaya projek-projek ini tidak tergendala dan dapat menepati piawai yang telah ditetapkan,” tegasnya.

Selain itu Azmin berkata, kerajaan persekutua­n telah bersetuju untuk meneruskan projek Lebuh Raya Pan Borneo yang merupakan projek memberi manfaat kepada rakyat Sabah dan Sarawak.

Katanya, ia dapat mewujudkan pertumbuha­n ekonomi serta peluang pekerjaan bagi rakyat keduadua negeri.

“Kerjasama ini penting supaya kita dapat melihat bagaimana Sarawak dapat terus dimajukan supaya menjadi negeri berwibawa,” katanya.

Hadir sama tiga Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan Tan Sri Datuk Amar James Masing, Menteri Kerja Raya yang juga Pengerusi PKR negeri Baru Bian dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Krian Ali Biju.

“Saya mencadangk­an projek pembanguna­n sekolah daif ini harus diserahkan kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri, yang mempunyai kepakaran dalam bidang kejurutera­an ”

 ??  ?? ABANG Johari menyampaik­an cenderamat­a kepada Azmin (tiga kanan) semasa kunjungan di DUN, semalam. Turut kelihatan (dari kiri) Awang Tengah, Masing, Uggah, Baru dan Ali.
ABANG Johari menyampaik­an cenderamat­a kepada Azmin (tiga kanan) semasa kunjungan di DUN, semalam. Turut kelihatan (dari kiri) Awang Tengah, Masing, Uggah, Baru dan Ali.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia