Utusan Borneo (Sabah)

Kerajaan berusaha selesai isu Nurul dan tujuh anaknya

-

KUCHING: Kerajaan negeri sedang berusaha bersungguh-sungguh untuk menyelesai­kan isu kewarganeg­araan melibatkan seorang ibu tunggal, Nurul Farah Abdullah dan tujuh anaknya.

Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n KanakKanak Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, keutamaan yang diberikan adalah menyelesai­kan proses dokumentas­i pengenalan diri kepada kesemua mereka.

“Dengan adanya pengenalan diri, anak-anak Nurul Farah akan dapat bersekolah bermula tahun depan,” ujarnya pada sidang media semasa melawat kediaman Nurul Farah, semalam.

Selain itu, Fatimah berkata, kementeria­nnya juga akan memastikan Nurul Farah menerima bantuan bulanan daripada JKM, termasuk bantuan persekolah­an untuk anak-anaknya.

Nurul Farah @ Epit Ubang, 36, berbangsa Penan dan berasal dari Lawas, namun tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah termasuk kesemua tujuh anaknya.

Anak-anaknya ialah Nurul Jannah Izzati, 15, Nurul Hasanah Izzati, 14, Nurul Syakila Izzati, 13, Nurul Efa Izzati, 12, Mohamad Izza Al-Mahadi, 11, Nurul Ain Izzati, 3, dan Mohammad Izza Al-Halim, 1, dan kesemua mereka langsung tidak pernah bersekolah.

Dia kini juga sedang mengandung tiga bulan dan seorang diri menjaga kesemua anaknya, selepas kematian suami pada September lalu.

Semasa ditemui, Nurul Farah memaklumka­n dia berasal dari Lawas tetapi tidak ingat nama kampungnya, selain turut mengakui tidak pernah mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri dan telah meninggalk­an keluarga sejak berusia 13 tahun.

Pada usia itu, dia telah berkenalan dengan suaminya yang berasal dari Muar, Johor di Lawas dan mereka berkahwin ketika dia berusia 19 tahun.

Sejak itu, dia dan suaminya berhijrah ke beberapa tempat dengan yang terakhir di Kuching dengan menyewa di rumah kedai di kawasan Synergy Square sejak tujuh tahun lalu.

Suaminya dahulu hanya bekerja sendiri dari rumah, manakala Nurul Farah menjaja nasi lemak dan kuihmuih di sekitar kawasan rumah dengan pendapatan kira-kira RM100 sehari.

 ??  ?? FATIMAH (tengah) bergambar dengan Nurul Farah (empat kiri) bersama anak-anaknya ketika melawat keluarga berkenaan, pada Rabu.
FATIMAH (tengah) bergambar dengan Nurul Farah (empat kiri) bersama anak-anaknya ketika melawat keluarga berkenaan, pada Rabu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia