Utusan Borneo (Sabah)

Angin kencang larut malam saksikan kerosakan di Bintulu

-

BINTULU: Tiga kenderaan dihempap bumbung parkir kereta termasuk tiang elektrik yang tumbang akibat dibadai angin kencang tengah malam Selasa di Kampung Sebiew di sini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP)Bintulu TPgB Mohamad Meramit berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 12.47 tengah malam lalu mengerahka­n sebuah jentera FRT bersama lima anggota, sebuah EMRS bersama seorang anggota yang diketuai PBK II Helman Main ke tempat kejadian.

Katanya, di lokasi kejadian didapati sebuah tiang elektrik terjejas akibat dihempap bumbung tempat letak kenderaan yang terbang ditiup angin kencang.

Berikutan itu katanya, pasukan Bomba menghubung­i pihak Sarawak Energy untuk mendapatka­n bantuan memutuskan bekalan elektrik di kawasan terbabit sebelum kerja-kerja mengalihka­n bumbung dan tiang tempat kenderaan yang runtuh sehingga selesai.

“Tiada kecederaan dan kemalangan jiwa dilaporkan namun tiga kenderaan penduduk rosak akibat dihempap tiang dan bumbung yang runtuh tersebut ,” ujarnya di sini pada Rabu.

Dalam pada itu, pokok tumbang di atas jalan turut berlaku di Batu 10 Jalan Bintulu-Miri pada jam 5.54 pagi semalam namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

“Setibanya di tempat kejadian pasukan bomba bertindak memotong kayu dan dahan kayu menggunaka­n mesin gergaji berantai dan seterusnya membersihk­an laluan jalan raya yang terjejas sehingga selesai,” kata Mohamad.

Semasa operasi itu katanya, seorang anggota cedera ringan akibat terkena libasan kayu dan di hantar ke Hospital Bintulu menggunaka­n kenderaan EMRS untuk mendapatka­n rawatan dan pemeriksaa­n.

 ??  ?? BUMBUNG parkir kereta dan tiang elektrik tumbang menghempap kereta di Kampung Sebiew tengah malam Selasa.
BUMBUNG parkir kereta dan tiang elektrik tumbang menghempap kereta di Kampung Sebiew tengah malam Selasa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia