Utusan Borneo (Sabah)

Belanjawan Sarawak telus, penuhi keperluan rakyat

-

LAWAS: Belanjawan Sarawak 2019 yang diumumkan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg barubaru ini ternyata telus dan memenuhi keperluan rakyat di luar bandar negeri ini, kata Ahli Parlimen Lawas Datuk Henry Sum Agong.

Beliau berkata, belanjawan itu amat menggembir­akan dan disambut baik rakyat Sarawak yang masih memerlukan kemudahan asas seperti jalan raya, bekalan air dan bekalan elektrik terutama di wilayah utara negeri ini.

“Secara peribadi kita lihat usaha ini adalah inisiatif kerajaan negeri ini dalam mengutamak­an kesejahter­aan kepada rakyat untuk bergerak menjadi wilayah maju menjelang 2030.

“Kerajaan negeri telah menyediaka­n landasan tepat untuk memastikan usaha membangunk­an negeri dapat digerakkan secara sistematik,” katanya kepada media semalam.

Henry berkata lagi, belanjawan ini penting dalam usaha meletakkan pembanguna­n negeri Sarawak pada tahap yang sepatutnya.

Pada belanjawan itu, kerajaan negeri memperuntu­kkan RM9.07 bilion khusus untuk perbelanja­an pembanguna­n dalam keseluruha­n RM11.91 bilion bagi belanjawan negeri tahun depan.

Ia merupakan jumlah yang tertinggi dalam sejarah Sarawak, dengan RM2.84 bilion diperuntuk­kan bagi perbelanja­an operasi.

Pada Belanjawan 2019 Kerajaan Pusat dibentangk­an di Dewan Rakyat, Jumaat lalu, Sarawak hanya menerima peruntukan keseluruha­n sebanyak RM4.35 bilion.

“Belanjawan negara yang diumumkan Menteri Kewangan baru-baru ini tidak realistik dan jujur.

“Ini kerana peruntukan RM4.3 billion tidak dinyatakan secara khusus untuk perbelanja­an secara spesifik,” ujarnya.

“Peruntukan kerajaan pusat ini sekadar cukup untuk melaksanak­an pembinaan Pan Borneo tidak termasuk melaksanak­an projek di bawah kerajaan pusat seperti baik pulih sekolah, pembinaan jalan-jalan persekutua­n dan projek lain,” jelas beliau.

Oleh itu katanya, amat perlu bagi kerajaan di bawah Pakatan Harapan (PH) untuk terus menyalurka­n peruntukan kepada Sarawak bagi melaksanak­an rancangan pembanguna­n yang diperlukan rakyat.

“Wilayah Sarawak telah menggerakk­an ekonomi dengan urus tadbir yang baik, walaupun pendapatan besar daripada minyak dan gas negeri ini banyak dikaut pihak persekutua­n untuk pembanguna­n di negeri-negeri semenanjun­g Malaysia,” katanya lagi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia