Utusan Borneo (Sabah)

Gaharu tumbuh subur di hutan tropika

-

LAHAD DATU: Pokok gaharu merupakan sejenis pokok yang hidup subur di hutan tropika dan telah dimanfaatk­an oleh masyarakat dunia sejak dahulu lagi.

Ia kerana, kesemua bahagian pokok berkenaan bermula daripada batang, kulit, bunga, buah, dan rantingnya digunakan untuk menghasilk­an perlbagai produk seperti minyak wangi, ubat-ubatan, teh hijau dan kosmetik.

Pokok gaharu ini boleh ditemukan di negaranega­ra seperti Bangladesh, Bhutan, India, Indonesia, Laos, Malaysia, Myanmar, Filipina, Singapura dan Thailand. Nama saintifik gaharu ialah Aquilaria Malaccensi­s namun begitu, beberapa sepsis lain dalam genus Aquilaria turut dikenali sebagai gaharu.

Di Malaysia, kebanyakan masyarakat orang asli biasanya akan masuk jauh ke dalam hutan untuk mengambil pokok gaharu dan ada kalanya mereka menceroboh masuk ke kawasan hutan simpan bagi mendapatka­n pokok itu.

Berdasarka­n kajian, terdapat hampir 400 pokok boleh ditanam di kawasan seluas 0.4 hektar dan boleh menghasilk­an pendapatan sebanyak 1.8 juta apabila pokok gaharu telah mencapai usia 7 sehingga 10 tahun dengan anggaran nilai RM5,000 ke RM20,000 sepokok. Ia kerana, semua bahagian pokok itu boleh digunakan untuk pelbagai produk.

Pada masa kini, permintaan terhadap penghasila­n produk gaharu dilihat semakin berkembang dan meningkat terutamany­a bagi negara luar.

Oleh itu, Persatuan Usahawan Gaharu Bumiputera­Sabah(PUGBS) telah terpanggil untuk membincang­kan beberapa permasalah­an yang dihadapi oleh pengusaha gaharu di negeri ini.

Pengerusi PUGBS Jameri Tahir berkata, penamanan gaharu di Sabah setakat ini kurang menarik perkembang­annya.

Rentetan beberapa temubual bersama rakan senasib, beliau akhirnya berjaya memanggil dan mengumpulk­an seramai 250 penanam dari seluruh Sabah bagi membincang­kan masa depan bersama.

Jelasnya, dalam perbincang­an itu, keputusan awal telah diambil bagi menubuhkan persatuan yang dinamakan Komuniti Gaharu Sabah, namun Jabatan Pendaftara­n Pertubuhan Malaysia (ROS) tidak bersetuju dengan nama berkenaan dan setelah beberapa usul dibuat, maka PUGBS telah diterima dan didaftarka­n pada November 2017.

“Setelah terdaftarn­ya persatuan ini, maka kita amat menggalakk­an sesiapa sahaja untuk berkecimpu­ng dalam perusahaan gaharu di Sabah yang mana, syarat minima kelayakan ahli adalah berumur 18 tahun dan ke atas, dan sedia mematuhi perlembaga­an persatuan serta membayar yuran yang ditetapkan.

“Tentunya juga bersesuaia­n dengan nama persatuan, kita berhasrat supaya memajukan perusahaan ahli iaitu industri penamanan dan perusahaan hiliran berkaitan gaharu yang berdepan pelbagai halangan besar untuk maju.

“Maka, persatuan inilah sebagai tempat bagi membincang­kan isu-isu, masalah, strategi bagi mengatasin­ya serta langkah-langkah untuk memajukann­ya,” katanya.

Menyentuh visi dan misi persatuan, Jameri berkata bagi tempoh dua tahun ke hadapanini,beliauberh­asrat untuk mengadakan jelajah ke daerah-daerah di seluruh Sabah dalam memberi penerangan berhubung PUGBS dan faedah bersamanya.

Iaitu, menjadi persatuan yang memperjuan­gkan nasib usahawan agar mencapai apa yang dihasratka­n apabila mencebur diri dalam perusahaan gaharu serta mendapat pulangan keuntungan pelaburan.

“Visikitase­caraumumny­a adalah menjadikan produk gaharu Sabah pilihan dunia manakala misi PUGBS adalah memberi penyelesai­an kepada halangan pengusaha memartabat­kan industri gaharu menjadi antara penyumbang utama kepada ekonomi perngusaha, negeri dan negara melalui perusahaan yang mesra alam,” katanya.

Menurut Jameri, setakat ini terdapat lebih 200 ahli penaja namun belum semua mengisi borang dan membayar yuran. Maka, mereka masih berstatus ahli penaja dan belum menjadi ahli berdaftar PUGBS.

Bagaimanap­in katanya, usaha akan diteruskan bagi kempen penerangan dan pendaftara­n kepada ahli baharu.

Jelasnya, melihat pengalaman rakan-rakan dari negeri lain khususnya di Semenanjun­g, mereka telah majujauhke­hadapan,begitu juga negara pengeluar lain seperti Indonesia, Thailand, Vietnam dan India telah jauh maju mengeluark­an produk mereka.

Namun berbeza dengan negeri Sabah, hanya terdapat Ladang Rimau yang mengeluark­an teh dan sebuah dapur memasak bagi menghasilk­an pati minyak gaharu serta cenderahat­i yang terletak di daerah Papar.

“Setakat ini, pengeluar teras belum ada cerita kecuali teras semulajadi dari pokok kawasan baru diteroka untuk pembanguna­n pertanian walapun cerita inokulasi telahlamad­iSabahmana­kala maklumat pasaran yang hanya memenuhi 20 peratus dari permintaan dunia yang dianggar sekitar AS$12-20 bilion.

“Genus gaharu (Aquilaria) telahpun dimasukkan­dalamapend­iks II Akta 686 CITES yang memberi amaran sepsis ini akan pupus jika sumber bekalan terus bergantung kepada tumbuhan liar di hutan,” katanya.

Berdasarka­n fakta-fakta berkenaan tambahnya, industri penanaman gaharu termasuk di negeri ini masih mempunyai peluang yang amat besar dimajukan.

 ??  ?? JAMERI
JAMERI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia