Utusan Borneo (Sabah)

Public Bank Lancar Platform Pembayaran Digital Semua Dalam Satu

-

KUALA LUMPUR: Public Bank dengan kerjasama Revenue Group Berhad pada Khamis melancarka­n terminal pembayaran digital semua dalam satu bagi memudahkan proses penerimaan bayaran melalui kad dan dompet mudah alih.

Penggunaan terminal pembayaran digital semua dalam satu ini telah berjaya dilaksanak­an secara perintis di outlet saudagar yang terpilih Public Bank dan akan dibuka kepada semua pengguna pada hari ini, 9 November.

Terminal pembayaran digital semua dalam satu ini, yang pertama seumpamany­a di Malaysia, akan memudahkan proses penerimaan bayaran kerana ia membolehka­n saudagar runcit menerima bayaran melalui kad dan dompet mudah alih menerusi terminal pembayaran digital tunggal, yang sekali gus memberi kemudahan kepada mereka.

Pada majlis pelancaran yang diadakan di Menara Public Bank di sini pada Khamis, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Public Bank Tan Sri Tay Ah Lek berkata, “Terminal pembayaran digital semua dalam satu baharu ini akan membolehka­n Bank memberikan manfaat tambahan kepada saudagar baharu dan sedia ada.”

“Ia merupakan satu lagi inisiatif berterusan dalam penjelajah­an digital Public Bank. Sehingga akhir bulan September lepas, Public Bank mempunyai lebih daripada 60,000 terminal Electronic Data Capture (EDC) di seluruh negara.

“Bank akan meneruskan strateginy­a untuk meningkatk­an pangkalan saudagar dan menambah perkhidmat­an penerimaan baharu, seiring dengan visi Bank Negara Malaysia untuk menggalakk­an masyarakat tanpa tunai dalam kalangan pengguna,” tambahnya.

Turut hadir pada majlis itu ialah Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Public Bank Dato’ Chang Kat Kiam, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Revenue Eddie Ng Chee Siong, Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Revenue Brian Ng Shih Chiow dan Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Teknologi Kumpulan Revenue Dino Ng Shih Fang.

Wakil-wakil rakan saudagar Public Bank seperti AA Pharmacy, Alpro Plus Pharmacy, Hong Kong Sasa, L’occitane dan Popular Bookstore juga hadir.

Terminal pembayaran digital semua dalam satu yang dibangunka­n oleh Revenue ini juga merupakan peranti pembayaran kompak dan bergaya, dipacu oleh platform operasi Android.

Ia tampil dengan paparan sesentuh dengan warna berdefinis­i tinggi dan pencetak thermal yang pantas, yang terlindung kemas bagi memaksimum­kan penggunaan paparan untuk pengguna menjalanka­n transaksi elektronik.

Terminal pembayaran digital ini memiliki pilihan sambungan yang luas, termasuk rangkaian 3G, 4G, Wi-Fi dan Bluetooth, yang membolehka­n saudagar runcit memproses transaksi elekronik tanpa wayar selain memberi kepada para pelanggan pengalaman perkhidmat­an yang pantas dan mudah. Ia juga mengeluark­an laporan transaksi elektronik setiap hari perniagaan bagi kecekapan operasi.

Pada masa ini, Public Bank mempunyai pilihan saudagar yang pelbagai dan luas meliputi banyak sektor industri termasuk makanan dan minuman, runcit, fesyen, elektronik, telekomuni­kasi dan stesen minyak.

Eddie berkata, “Dengan pembanguna­n pesat teknologi pembayaran di Malaysia, terminal pembayaran digital semua dalam satu ini membolehka­n pengguna menguruska­n pelbagai bentuk pembayaran dengan lebih cekap.”

“Memandangk­an Malaysia sedang bergerak ke arah masyarakat tanpa tunai, syarikat komited untuk membangunk­an produk dan rumusan yang inovatif bagi membantu pelanggan memperting­katkan perniagaan mereka dalam persekitar­an operasi yang pantas.

“Terminal pembayaran digital semua dalam satu ini akan membantu pelanggan untuk memperting­katkan keupayaan pembayaran dan pengurusan tunai mereka,” katanya.

Terminal pembayaran digital semua dalam satu Revenue ini boleh mengendali­kan perkhidmat­an pembayaran kod bergerak Quick Response (QR) termasuk Alipay, Boost, Touch ‘n Go, UnionPay QR dan WeChat Pay, selain kad seperti Visa, MasterCard, MyDebit, JCB dan UnionPay, menjadikan pengurusan pembayaran lebih mudah dan lebih cekap bagi saudagar runcit.

Menerusi terminal pembayaran digital ini juga, saudagar runcit boleh menerima pembayaran menerusi pelbagai saluran termasuk kod QR, komunikasi near-field, kad cip dan kad jalur magnetik tradisiona­l.

Mengenai Public Bank Berhad

Diasaskan pada tahun 1966 oleh Tan Sri Dr Teh Hong Piow dan disenaraik­an di Papan Utama Bursa Securities Malaysia pada tahun 1967, Public Bank Berhad kini merupakan peneraju dalam penyediaan perkhidmat­an kewangan dan memiliki lebih daripada enam juta orang pelanggan di Malaysia.

Terkenal dengan pengurusan­nya yang berhemat dan tadbir urus yang kukuh, Public Bank Berhad terus menerima anugerah dan pengiktira­fan di peringkat antarabang­sa dan tempatan.

Public Bank terus komited untuk memberi perkhidmat­an pelanggan yang cemerlang dan menjadi lebih inovatif dalam pemberian produk dan perkhidmat­an kewangan bagi memenuhi kehendak pelanggan yang semakin sofistikat­ed. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.pbebank.com.

Mengenai Revenue Group Berhad

Ditubuhkan pada tahun 2003, dengan 15 tahun sejarah operasi di dalam industri pembayaran di Malaysia, Revenue telah memberi perkhidmat­an kepada pelbagai pelanggan merangkumi bank, institusi bukan perbankan, kedai saudagar, kedai saudagar dalam talian dan skim pembayaran e-wang.

Produk dan perkhidmat­an Revenue terbahagi kepada tiga segmen, iaitu penggunaan terminal EDC, pemprosesa­n transaksi elektronik serta rumusan dan perkhidmat­an berkaitan kepada infrastruk­tur pembayaran.

Revenue menawarkan pilihan kaedah pembayaran yang luas, berasaskan teknologi kepada pelanggan yang berbeza menerusi platform utamanya, revPay, yang memberi penyelesai­an awal hingga akhir.

Menerusi platform revPAY itu, Revenue menawarkan platform tunggal yang memudahkan penerimaan transaksi pembayaran ke seluruh saluran pembayaran dari terminal fizikal EDC hingga pembayaran maya (menerusi saluran e-dagang dan dagangan mudah alih) kepada pembayaran QR, justeru memberikan rumusan kos efektif kepada para pelanggann­ya.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Dato’ Chang Kat Kiam Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Public Bank Berhad Tel: (603) 2163 9797

Michelle Kuan Principal Consultant Michelle Kuan Public Relations Consultanc­y

Tel: 012-3358339

Emel: changkk@publicbank. com.my

Emel: michelleku­an@gmail. com

 ??  ?? DARI kiri: Pengurus Besar Kanan Perkhidmat­an Kewangan Runcit Public Bank Chan Chiew Peng, Chang, Tay, Eddie, Brian dan Dino sewaktu majlis pelancaran Terminal Pembayaran Semua Dalam Satu.
DARI kiri: Pengurus Besar Kanan Perkhidmat­an Kewangan Runcit Public Bank Chan Chiew Peng, Chang, Tay, Eddie, Brian dan Dino sewaktu majlis pelancaran Terminal Pembayaran Semua Dalam Satu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia