Utusan Borneo (Sabah)

Wanita perlu kreatif jana pendapatan

Persatuan digalak cari peluang ekonomi

-

KOTA KINABALU: Wanita perlu lebih kreatif dalam menjana pendapatan tanpa bergantung kepada orang lain.

Pembantu Menteri Kesihatan dan Kesejahter­aan Rakyat Norazlinah Arif berkata, usaha berkenaan dapat membantu persatuan mendapatka­n dana tanpa mengharapk­an kerajaan.

“Persatuan-persatuan wanita perlulah mencari alternatif lain selain daripada mengharapk­an dana kerajaan dalam usaha untuk mengadakan aktiviti yang bermanfaat kepada golongan wanita.

“Gunakan juga kelebihan dan peluang yang ada untuk menjadikan persatuan kekal aktif dapat mencapai matlamat bukan hanya semata-mata mengejar populariti,” katanya pada Majlis Rantaian Kasih bersama Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah (JHEWA) di sebuah hotel di sini, tengahari Khamis.

Beliau turut berharap program-program berinforma­si tidak hanya diadakan di Bandaraya Kota Kinabalu tetapi juga dapat dianjurkan di luar bandar.

“Semoga ilmu yang diperolehi daripada majlis ini dapat diterapkan dalam persatuan masing-masing kelak dan diharap pemimpin-pemimpin NGO dapat turun padang ke daerah-daerah luar bandar untuk bersama-sama kerajaan membantu masyarakat yang memerlukan.

“Tahniah kepada JHEWA kerana tidak putus-putus melakukan program yang bermanfaat seperti ini dan tidak ketinggala­n juga telah memberikan dana kepada persatuanp­ersatuan,” katanya.

Antara pengisian program pagi berkenaan ialah forum bertajuk ‘Sesi Perkongsia­n Peranan Persatuan’ yang menghimpun­kan panel-panel dari seluruh Malaysia antaranya Pengasas Soup Kitchen Datuk Munirah Abdul Hamid, Pengerusi Syukbah Masjid Bandaraya Kota Kinabalu Datuk Dr Suzain Suhaimi dan Presiden Soroptimis­t Internatio­nal Kota Kinabalu Ophelia Domingo.

 ??  ?? NORAZLINAH (duduk, tengah) merakam gambar bersama hadirin yang hadir semasa program Majlis Rantaian Kasih bersama JHEWA.
NORAZLINAH (duduk, tengah) merakam gambar bersama hadirin yang hadir semasa program Majlis Rantaian Kasih bersama JHEWA.
 ??  ?? NORAZLINAH ketika menyampaik­an ucapan pada Majlis Rantaian Kasih bersama JHEWA.
NORAZLINAH ketika menyampaik­an ucapan pada Majlis Rantaian Kasih bersama JHEWA.
 ??  ?? NORAZLINAH (tiga dari kiri) bergambar kenangan bersama para panel dan moderator.
NORAZLINAH (tiga dari kiri) bergambar kenangan bersama para panel dan moderator.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia