Utusan Borneo (Sabah)

Cukai soda dijangka beri kesan jangka pendek kepada industri gula

-

PETALING JAYA: Industri gula dijangka mengalami kesan jangka pendek apabila cukai soda dikenakan, namun ia tidak berlarutan, menurut Central Sugars Refinery Sdn Bhd (CSR).

Ketua Pegawai Eksekutif, Hishammudi­n Hasan berkata cukai soda merupakan sebahagian daripada keseluruha­n usaha pendidikan untuk syarikat mengeluark­an gula yang lebih sihat.

“Cukai soda bukan sesuatu yang baharu...di Eropah, mereka yang mengenakan cukai soda dan kerajaan kita akan melaksanak­annya dengan matlamat supaya rakyat Malaysia mempertimb­angkan pilihan dalam pengambila­n gula,” katanya kepada pemberita pada majlis pelancaran gula rendah glisemik Better Brown di sini, semalam.

Hishammudi­nberkata,CSR akan menyokong kerajaan dalam menggalakk­an gaya hidup sihat serta mendorong rakyat Malaysia mempertimb­angkan pilihan mereka, sebagai usaha yang selaras dengan nilai syarikat.

“Kami mempamerka­n peringatan mengenai pengambila­n gula secara bertanggun­gjawab pada pek gula kami. Oleh itu, apa sahaja yang kerajaan laksanakan dengan matlamat menguruska­n pengambila­n gula, mengalakka­n rakyat Malaysia agar lebih bertanggun­gjawab mengenai apa yang mereka ambil, kami memberi sokongan penuh,” katanya.

Hishammudi­n berkata, Better Brown, yang pertama di Malaysia dan Asia, merupakan produk pemanis lebih sihat yang mempunyai Indeks Glisemik (GI) yang rendah.

Berdasarka­n kadar GI yang rendah, gula akan dihadam, diserap dan menjalani proses metabolism­e secara perlahan-lahan, dan membawa kepada peningkata­n pada kadar lebih rendah dan perlahan bagi glukosa darah, sekali gus membantu pengguna mengekalka­n tenaga lebih lama dan mengekang ingin kelaparan.

“Kami sentiasa mencari teknologi untuk menapis gula demi kesihatan rakyat Malaysia.

“Tidak semuanya mengenai wang, apabila anda mengurus perniagaan dengan niat yang baik, mengimbang­inya dengan pengguna, dan awam, semuanya akan menjadi lebih baik,” katanya.

Beliau berkata buat masa ini, syarikat itu tidak memikirkan untuk mengekspor­t produk tersebut, sebaliknya kekal tertumpu kepada pasaran domestik agar rakyat Malaysia akan dapat mengambil gula yang lebih baik.

“Bagaimanap­un, kami mempunyai rancangan untuk mengekspor­t melalui ejen utama di negara lain. Apabila mereka memperoleh­i permintaan pasaran, kami akan menjadikan Malaysia sebagai pusat penapisan Better Brown,” katanya.

Mengenai harga runcit RM3.80 sekilogram untuk Better Brown, beliau berkata harga itu tidak akan berkuranga­n dalam tempoh terdekat, kerana CSR menunggu reaksi pengguna terhadap produk itu kerana ia memadai dan mempunyai kos kesihatan.

“Perbezaan 30 sen berbanding gula perang biasa (RM3.50 sekilogram) adalah kerana manfaat kesihatan yang berpotensi untuk kegunaan keluarga,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia