Utusan Borneo (Sabah)

SCIENTEX yakin siapkan pembinaan 50,000 rumah mampu milik menjelang 2028

-

KUALA LUMPUR: Pengeluar pembungkus­an global dan pemaju hartanah Scientex Bhd yakin dapat membina 3,250 rumah mampu milik di Semenanjun­g Malaysia setiap tahun bagi tempoh 10 tahun akan datang untuk mencapai Wawasan 2028 syarikat menyiapkan 50,000 unit.

Pengarah Urusannya Lim Peng Jin berkata berdasarka­n pengalaman syarikat membina lebih 2,000 unit antara 2014 sehingga 2018, sasaran tersebut adalah realistik, disokong oleh kecekapan Sistem Binaan Berindustr­i (IBS) yang diusahakan syarikat itu selama 20 tahun lepas.

“Dengan kuantiti tinggi, reka bentuk dan struktur standard, kami percaya IBS boleh membantu mengurangk­an kos pembinaan kepada kira-kira 10-15 peratus dan mempercepa­t pembinaan.

“Pengecuali­an Cukai Jualan dan Perkhidmat­an (SST) bagi perkhidmat­an pembinaan dan bahan binaan yang diumumkan kerajaan dalam Belanjawan 2019 akan juga dapat membantu mengurangk­an kos,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran buku syarikat itu bersempena dengan ulang tahun ke-50, di sini, kelmarin.

Scientex telah menyiapkan 17,500 unit rumah mampu milik berharga RM500,000 dan ke bawah sejak 1995.

Lim berkata syarikat itu telah membangunk­an hartanah bernilai RM4 bilion di Johor, Melaka, Selangor dan Perak dengan 75 peratus daripadany­a unit berharga di bawah RM300,000 dan bakinya berhargaan­taraRM300,000 dan RM500,000.

Beliau juga berkata walaupun syarikat itu memiliki simpanan tanah seluas 1,335.46 hektar (3,300 ekar) di empat negeri, ia akan terus mencari peluang untuk menambah simpanan tanahnya, terutamany­a di Semenanjun­g Malaysia.

Mengulas pengumuman Belanjawan 2019 mengenai pendanaan awam hartanah yang dipacu oleh sektor swasta sebagai alternatif bagi pembeli rumah kali pertama, Lim berkata, ia adalah satu skim yang inovatif tetapi syarikat itu memerlukan lebih banyak maklumat mengenai mekanisme pelaksanaa­n.

“Kami tidak berada dalam skim itu, tetapi kami memantau dengan rapat kerana pemaju akan berdepan cabaran bagaimana untuk membantu pembeli rumah mendapatka­n pinjaman bank,” katanya.

Terdahulu pada majlis itu, Lim berkata Scientex yang diperbadan­kan pada 1968, menyasar menjadi syarikat bernilai RM10 bilion menghasilk­an satu juta tan metrik pembungkus­an plastik fleksibel dan menyiapkan 50,000 rumah mampu milik dalam Wawasan 2028-nya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia