Utusan Borneo (Sabah)

Shopee Malaysia yakin Realme 2 Pro akan habis dijual dalam masa sehari

-

KUALALUMPU­R:Platform e-dagang, Shopee Malaysia, yakin telefon pintar Realme 2 Pro yang tersedia untuk jualan semasa kempen 11.11 Big Sale akan habis dijual.

Pengurus Kategori Shopee Malaysia, Calvin Teng berkata keyakinan itu adalah berasaskan kepada jualan Realme 2 Pro di Indonesia, di mana sebanyak 33 bilion rupiah (RM9.43 juta) dibelanjak­an bagi satu model itu sahaja dalam masa hanya tiga minit semasa pelancaran jenama tersebut di negara itu pada bulan lepas.

“Di bawah perkongsia­n dengan Realme, kami mempunyai kurang daripada 10,000 unit Realme 2 Pro untuk dijual di Shopee.

“Dengan kempen 11.11 Big Sale kami yang akan datang, di mana telefon pintar itu akan dijual dengan harga bermula daripada RM799 pada hari itu sahaja (11 Nov) berbanding harga biasa RM849, kami yakin produk tersebut akan habis dijual,” katanya.

Teng berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri pelancaran telefon pintar baharu China jenama Realme itu dengan tiga produk – Realme2, Realme 2 Pro dan Realme C1 di sini, kelmarin.

Di bawah perkongsia­n dengan Realme, Shopee akan menjadi platform eksklusif untuk menjual Realme 2 Pro dari 11 Nov hingga 12 Dis, di mana telefon pintar itu akan berharga mengikut konfiguras­i pada RM849, RM949 dan RM1,099 masing-masing bagi 3GB/32GB, 4GB/64GB, dan 8GB/128GB.

Sementara itu, Realme C1 akan dijual secara eksklusif di Lazada Malaysia dengan harga istimewa RM399 (harga biasa: RM449) bagi tempoh sebulan daripada 22 Nov, manakala Realme2 akan dijual pada harga RM599 di kedaikedai terpilih mulai 24 Nov.

Dengan slogan ‘Proud to Be Young’, Realme, yang ditubuhkan secara rasmi pada 4 Mei, 2018, menumpukan kepada merevolusi­kan telefon pintar bagi generasi muda, menggabung­kan prestasi terbaik dengan gaya kontempora­ri. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia