Utusan Borneo (Sabah)

Disney bawakan kisah ‘Nutcracker’ yang berbeza ke skrin besar

-

CERITA musim cuti yang begitu disukai mengenai pemainan kanak-kanak yang hidup iaitu ‘The Nutcracker’ kini beralih dari pentas balet ke skrin besar dalam kisah aksi-kembara yang dikeluarka­n oleh Walt Disney Co dan kini sedang ditayangka­n di pawagam seluruh dunia termasuk Malaysia.

Dalam ‘The Nutcracker and the Four Realms’ terbitan Disney, Mackenzie Foy berlakon sebagai Clara, seorang gadis berusia 14 tahun yang begitu tertarik dengan kejurutera­an dan cuba memikirkan cara untuk membuka sebuah hadiah Krismas yang ditinggalk­an oleh ibunya yang baharu meninggal dunia.

Clara tidak lama kemudian mendapati diri dalam alam semesta selari yang indah namun bermasalah di mana dia bertemu dengan seorang askar ‘nutcracker’, dan kedua-dua mereka memulakan usaha yang bahaya untuk mencari kunci kepada hadiah Clara.

“Saya rasa ia benar-benar menggambar­kan semangat itu, perasaan musim percutian itu, tetapi ia juga ada aksi dan kembara dan keterujaan,” kata Foy, yang paling terkenal kerana wataknya sebagai anak perempuan Edward dan Bella dalam ‘The Twilight Saga’, kepada Reuters di tayangan perdana dunia bagi filem tersebut di Hollywood baru-baru ini.

Filem itu berdasarka­n cerita pendek tulisan E.T.A. Hoffman pada 1816 dan penceritaa­n semula oleh Alexandre Dumas dalam balet Tchaikovsk­y ‘The Nutcracker’ pada 1892, dan kini sedang dipersemba­hkan di atas pentas di seluruh dunia sempena musim perayaan Krismas.

Filem Disney memuatkan hanya sebahagian kecil sahaja persembaha­n balet dalam penerbitan pentas biasa bagi ‘The Nutcracker’.

Dalam filem itu, bintang American Ballet Theater, Misty Copeland, dan penari Ukraine, Sergei Polunin, membuat persembaha­n dalam satu pertunjuka­n bagi Clara selepas dia tiba di Dunia Gula-gula (‘Land of Sweets’).

Keira Knightley membawa watak ‘Sugar Plum Fairy’, yang di dalam filem itu tidak menari tetapi mengalu-alukan Clara ke Four Realms dengan kemanisann­ya yang berlebihan dan rambut gula-gula kapas berwarna merah jambu.

Knightley, yang terkenal kerana drama sejarah seperti ‘Pride & Prejudice’, berkata dia seronok membawa jenis watak yang berlainan.

“Saya telah membuat kerja dengan perkara subjek yang agak serius,” katanya, “dan ia sangat bagus untuk membuat sesuatu yang sama sekali bodoh tanpa sebarang kelicikan di dalamnya.” — Reuters

 ??  ??
 ?? — Gambar Reuters ?? KEIRA Knightley (kanan) dan Mackenzie Foy semasa tayangan perdana filem ‘The Nutcracker and the Four Realms’ di London pada 1 November lepas.
— Gambar Reuters KEIRA Knightley (kanan) dan Mackenzie Foy semasa tayangan perdana filem ‘The Nutcracker and the Four Realms’ di London pada 1 November lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia