Utusan Borneo (Sabah)

25 jayakan Kelas Lakonan TV dan Filem

-

LAHAD DATU: Seramai 25 orang telah mengambil bahagian dalam Kelas Lakonan TV dan Filem Bersama Pengarah Filem MP Roslin MD Sharif dan Azmi Black bagi siri 1 dan 2 yang diadakan di daerah ini pada Oktober lalu.

Program yang diadakan pada 6-7 Oktober bagi siri 1 dan 27-28 Oktober bagi siri 2 itu turut mendapat kerjasama daripada Adun Tungku serta Adun Silam selain turut dirasmikan oleh Leftenan Komander Maritim Radzil Allexender Raphael selaku pengarah Zon Maritim Lahad Datu.

Radzil dalam ucapannya berkata, program berkenaan dianjurkan oleh Seven Crew Production dan turut dihadiri oleh Roslin yang berpengala­man selama 20 tahun dalam bidang pengarahan filem (menerbit drama dan filem) serta dibantu oleh Azmi Black yang berkecimpu­ng dalam dunia pengarahan filem (menerbit drama dan dokumentar­i).

Jelasnya tujuan program berkenaan diadakan adalah bagi mencungkil bakat anak muda tempatan ke arah bidang seni dan lakonan.

“Menerusi program ini, para peserta akan didedahkan dengan teknik ‘shooting’ di hadapan kamera selain praktikal shooting drama. Di sini juga, peserta akan diperkenal­kan kepada aspek gerakan lakonan, teknik lakonan TV dan filem dengan cara yang betul selain mempratikk­an lakonan secara berkumpula­n,” katanya.

Menurut beliau, para peserta juga akan didaftarka­n di bawah Persatuan Seniman dan Profil atau butir peribadi peserta akan diedarkan kepada Telet Agency yang berada di Kuala Lumpur.

“Ini merupakan salah satu inisiatif yang diambil bagi kita mencungkil bakat anak-anak muda tempatan dan melahirkan lebih ramai anak seni dalam bidang lakonan yang berkualiti di arena seni lakonan (pelapis baharu),” katanya.

Sementara itu, ketika merasmikan siri 2, Mizma Aphedullah berkata beliau secara tidak langsung ingin melibatkan diri dan berminat untuk menjayakan sebuah drama dan filem yang bakal diterbitka­n pada masa akan datang.

 ??  ?? PARA peserta merakamkan album kenangan.
PARA peserta merakamkan album kenangan.
 ??  ?? ROSLIN (kanan) menyerahka­n sijil penghargaa­n kepada Radzil (tengah) sambil diperhatik­an oleh Azmi (kiri).
ROSLIN (kanan) menyerahka­n sijil penghargaa­n kepada Radzil (tengah) sambil diperhatik­an oleh Azmi (kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia