Utusan Borneo (Sabah)

Wujudkan penyelidik­an produk berasas sarang burung walit: Jaujan

- Oleh YUSOP TEPPO

SANDAKAN: Timbalan Ketua Menteri Datuk Dr Haji Jaujan Haji Sambakong meminta pihak pengurusan Kilang Memproses Sarang Burung Walit AMG Advance Profitable Enterprise agar mewujudkan penyelidik­an dan pembanguna­n (R&D) produk berasaskan sarang burung walit atau EBN (Edible Bird Nest).

“Kita mahu pihak syarikat ini yang memiliki kilang pertama di Sabah agar menjalanka­n R&D secara saintifik bagi mengkaji khasiat EBN,” katanya.

Beliau berkata hal demikian memerlukan usaha yang berlipat ganda bagi menjamin bekalan EBN tidak terputus selain semakin banyak produk berasaskan sarang burung mula dihasilkan.

“Antaranya adalah produk kecantikan dan penjagaan kulit, makanan tambahan, ubat-ubatan tradisiona­l Cina dan tidak ketinggala­n produk-produk kesihatan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kilang Memproses Sarang Burung Walit (gua & rumah) PreClean (Raw Meterial) AMG Advance Profitable Enterprise di Pusat Perindustr­ian Majulah Jalan Batu Sapi, pagi Khamis.

Jaujan berkata syarikat AMG Advance Profitable Enterprise yang dimiliki 100 peratus bumiputera itu memiliki rantaian bermula daripada perladanga­n, pembuatan rumah burung walit, pemasaran dan konsultans­i sehinggala­h kepada pemasaran ke peringkat global.

“Saya amat memuji usaha AMG Advance Profitable Enterprise dalam pewujudan kilang ini yang membuka peluang pekerjaan kepada anak-anak bumiputera.

KOTA KINABALU: Seramai 21 peserta telah menamatkan program Hospitalit­i Belia Luar Bandar Sutera Harbour Resort (SHR).

Mereka menerima sijil masingmasi­ng daripada Pembantu Menteri Pelajaran dan Inovasi Jenifer Lasimbang pada Khamis.

Inisiatif itu diwujudkan oleh Sutera Harbour Resort sebagai sebahagian daripada tanggungja­wab sosial korporatny­a dengan fokus untuk membangunk­an belia luar bandar di Sabah.

Program yang disesuaika­n itu berlangsun­g selama enam bulan dan ia memberi tumpuan kepada latihan perhotelan yang terdiri daripada teori, latihan kemahiran dan pembelajar­an praktikal dalam industri perhotelan.

Ketua Program Aldana Kimin berkata kemahiran kualiti yang standard harus dikembangk­an untuk memenuhi tuntutan industri.

“Kursus program ini dibentuk untuk memberi pendedahan dan melatih para peserta dalam pelbagai modul.

“Ia bukan sahaja akan memberikan belia pengetahua­n dan teknik industri perhotelan tetapi juga untuk memastikan mereka mempunyai akses di pasaran,” katanya.

Aldana, yang juga pengarah Kumpulan Sumber Manusia dan Latihan SHR, berkata program itu akan diteruskan dalam usaha mempromosi­kan perhotelan sebagai profesion pilihan untuk belia.

“Kami komited untuk melihat bahawa para belia diberi kemahiran, sumber dan peluang untuk berjaya.

“Kami dengan rasa gembira mengumumka­n bahawa 80 peratus daripada peserta telah diserap sebagai pekerja tetap di Sutera Harbour Resort,” katanya.

Beliau mengulangi keutamaan diberikan kepada peserta dari keluarga kurang bernasib baik serta latar belakang keluarga ibu bapa tunggal untuk memberi mereka peluang memperbaik­i masa depan.

Para peserta yang dipilih di sekitar kawasan luar bandar menyasarka­n golongan belia dari kawasan pedalaman termasuk Kota Marudu, Kota Belud dan Keningau, berusia antara 16 hingga 25 tahun dan mereka perlu mempunyai sijil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Gilbert Ee, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif SHR Gerard Tan, Ketua Penolong Pengarah JPSM Negeri Sabah Celestina Aron dan Pengarah Kumpulan SHR Sumber dan Latihan Aldana Kimin.

 ??  ?? JAUJAN melihat sarang burung walit yang telah dibersihka­n di Kilang Memproses Sarang Burung Walit AMG Advance Profitable Enterprise pada Khamis.
JAUJAN melihat sarang burung walit yang telah dibersihka­n di Kilang Memproses Sarang Burung Walit AMG Advance Profitable Enterprise pada Khamis.
 ??  ?? PARA
peserta bergambar kenangan bersama Jenifer (barisan tengah, dua dari kiri), Gilbert, Gerard, Celestina dan Aldana.
PARA peserta bergambar kenangan bersama Jenifer (barisan tengah, dua dari kiri), Gilbert, Gerard, Celestina dan Aldana.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia