Utusan Borneo (Sabah)

Ewon pastikan projek ‘Rubberised Road’ dapat dilaksana

-

KOTA BELUD: Menteri Pembanguna­n Luar Bandar Datuk Ewon Benedick akan memastikan sebahagian daripada peruntukan sebanyak RM100 juta untuk menaiktara­f jalan dalam Belanjawan Persekutua­n 2019 dapat digunakan untuk melaksanak­an ‘Rubberised Road Technology’ di negeri ini.

Beliau berkata, sebagai projek perintis, kementeria­nnya akan menggunaka­n teknologi jalan raya berasaskan getah untuk menaik taraf jalan sepanjang dua kilometer di Kampung Tambulaung– Podos di sini dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kadamaian.

“Dalam Belanjawan Persekutua­n 2019, sebanyak RM100 juta diperuntuk­kan untuk rubberised road. Justeru, kita akan memastikan Sabah merasai sebahagian daripada peruntukan itu seperti perjuangan konsisten saya selama ini dalam perkara ini.

“Selepas pelaksanaa­n projek perintis ini, saya berharap dapat mempengeru­sikan pembuatan dasar Kerajaan Sabah menerima teknologi ini dalam projek-projek naiktaraf jalan supaya bukan hanya keperluan itu dapat diselesaik­an, tetapi dapat mewujudkan permintaan ke atas bahan mentah getah negara dalam industri pembinaan jalan raya sekaligus meningkatk­an harga getah yang lebih baik,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mempengeru­sikan Mesyuarat Jawatankua­sa Kerja Projek Perintis Rubberised Road Technology di Pejabat Daerah Kota Belud, di sini pada Khamis.

Turut hadir, Ketua Unit Pembanguna­n Produk dan Kejurutera­an Lembaga Getah Malaysia (LGM) Dr Nazirah Ahmad, Pensyarah Kanan Fakulti Kejurutera­an Universiti Malaysia Sabah (UMS) Dr Lilian Gungat, Timbalan Pengurus Besar Operasi Perindustr­ian Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS) Liau An Chuan, Penolong Pegawai Daerah Kota Belud Norshafie Dukah dan Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat Kadamaian Saikom Watis.

Mesyuarat itu bertujuan memperinci­kan datadata teknikal, kajian kebolehlak­sanaan, kos pemindahan teknologi dan pelaksanaa­n projek perintis berkenaan.

 ??  ?? EWON bersama rombongan melawat jalan raya Kg Tambulaung–Podos.
EWON bersama rombongan melawat jalan raya Kg Tambulaung–Podos.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia