Utusan Borneo (Sabah)

Pelajar wanita 15 tahun maut kemalangan

- Oleh VIVI OLVIANA NAJURUS

KOTA KINABALU: Seorang pelajar wanita maut selepas motosikal berkuasa tinggi yang dinaiki terbabas di Kilometer 5 Jalan Tuaran, berhadapan sebuah stesen minyak di sini malam Rabu.

Mangsa, Masni Apin, 15, berasal dari Tamparuli dan meninggal dunia serta-merta dalam kejadian jam 8 malam.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata ketika kejadian mangsa dalam perjalanan dari arah Likas menuju ke pusat bandar.

“Apabila tiba di lokasi motosikal mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas sendiri menyebabka­n mangsa meninggal dunia serta merta di lokasi kejadian.

“Pembonceng motosikal yang berumur 30 tahun dan juga warganegar­a Indonesia mengalami kecederaan parah dan sedang menerima rawatan di Hospital Queen Elizabeth 2 (HQE2),” katanya.

Habibi berkata kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkut­an Jalan (APJ) 1987.

Sementara itu, Pegawai Bomba Kanan II (PBKII) Laupen Nuar berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 8.16 malam dan tujuh anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas digegaskan ke lokasi kejadian.

“Kita melakukan operasi menyelamat dan mangsa parah dihantar ke hospital untuk menerima rawatan. Bagaimanap­un, mangsa meninggal diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutny­a,” katanya sambil menambah, operasi ditamatkan jam 9 malam.

 ??  ?? ANGGOTA bomba mengangkat mayat mangsa untuk diserahkan kepada pihak polis.
ANGGOTA bomba mengangkat mayat mangsa untuk diserahkan kepada pihak polis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia