Utusan Borneo (Sabah)

DARI MUKA DEPAN

-

“Pihak syarikat ini menyahut seruan Kerajaan Sabah untuk memartabat­kan dan memperkasa sosio-ekonomi masyarakat setempat sekali gus meningkatk­an ekonomi negeri Sabah,” katanya.

Pada masa kini, beliau yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan berkata negara-negara pengeluar EBN hanyalah di Asia Tenggara iaitu Indonesia, Malaysia dan Thailand.

“Bagaimanap­un, negeri Sabah (Malaysia) merupakan antara pengeluar EBN yang berkualiti tinggi dan asli berbanding negara-negara jiran dan amat dipercayai pelanggan terutamany­a di China sebagai pengimport terbesar produk itu,” katanya.

Jaujan juga menegaskan Kerajaan Negeri Sabah hari ini akan berusaha membantu pengusaha-pengusaha dan Pengilang Proses Industri EBN secara positif dan berpragmat­ik serta inovasi dengan jaringan sedia ada melalui AMG Advance Profitable Enterprise (Malaysia-China).

Katanya ia akan diperhalus­i demi mencapai matlamat agar Sabah dapat mengekspor­t sarang burung (rumah & gua) dari negeri ini terus ke China dengan kapasiti kilang yang ada itu.

“Kita percaya Sabah dapat merealisas­ikan kehendak Prosedur Operasi Standard (SOP) Negara China dengan nilai pertumbuha­n yang pesat di negeri ini, khususnya kilang memproses EBN yang terletak di Sandakan,” katanya.

Beliau mengucapka­n tahniah kepada

Jabatan Perkhidmat­an Veterinar (DVS) atas kerjasama memudah cara dan memberi sokongan sehingga ke tahap kilang memproses EBN melalui SOP yang seiring dengan Requiment CNCA (China) dalam proses untuk membantu pengeluara­n kelayakan Sijil Kilang memiliki Lesen Mengekspor­t EBN ke Negara China melalui prosedur yang lengkap.

Mengenaile­senmengena­ipenternak­an, pekilang dan eksport EBN, Jaujan berkata Kerajaan Negeri Sabah akan mengkaji agar lesen-lesen EBN di diproses, dilulus dan dikeluarka­n oleh Kerajaan Negeri.

“Kerajaan Negeri Sabah hari ini amat memandang serius dan mahu memudahkan perkara ini agar tidak lagi berurusan di Kuala Lumpur. Saya memberi contoh, lesen perikanan dikeluarka­n sendiri oleh kerajaan negeri, mengapa tidak kepada lesen EBN. Kita akan kaji perkara ini,” katanya.

Turut hadir, Pembantu Menteri Pembanguna­n Luar Bandar Haji Dumi Haji Pg Masdal, Presiden Majlis Perbandara­n Sandakan Datuk Peter Hii Chang Lik, Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Pg Roslan Pg Nasrun dan Setiausaha Politik kepada Timbalan Ketua Menteri Ali Jainal Hj Oto.

Selain itu, Pegawai Veterinar Kanan DVS Sabah Dr Samuil Mopun, Pengarah Urusan AMG Advance Profitable Enterprise Shamsudin Chinu, Pengarah UrusanProj­ekKonsulta­n&Dokumentas­i AMG Advance Profitable Enterprise Matsaha Adiris dan Pengerusi Quanxi China-Malaysia Qinzhou Industrial Park Bird Nest Industrial Associatio­n Mr Simond.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia