Utusan Borneo (Sabah)

Rumah Putih gantung pas media pemberita CNN bertikam lidah dengan Trump

-

WASHINGTON: Rumah Putih kelmarin menggantun­g pas media seorang pemberita CNN yang terdahulu bertikam lidah dengan Donald Trump pada satu sidang akhbar, di mana presiden Amerika Syarikat (AS) itu melabel wartawan tersebut sebagai “musuh rakyat”.

Trump yang kelihatan marah menggambar­kan pemberita Jim Acosta sebagai seorang “individu yang biadab dan teruk” selepas wartawan White House CNN itu enggan mendengar arahan presiden itu untuk duduk dan menyerahka­n mikrofon pada sidang akhbar yang diadakan sehari selepas pilihan raya pertengaha­n penggal di AS.

“RumahPutih­menggantun­g paspemberi­taterbabit­sehingga notis lanjut,” kata jurucakap White House, Sarah Sanders, beberapa jam kemudian, yang merujuk kepada Acosta, yang kemudian tweet bahawa beliau telah dinafikan kemasukan ke Rumah Putih.

Pertikaian hangat berkenaan bermula selepas wartawan terkemuka itu terus memegang mikrofon dan terus mengajukan soalan mengenai pandangan presiden itu tentang karavan pendatang dari Amerika Tengah yang sedang menuju ke sempadan AS.

Trump berkata “cukup!” dan seorang pelatih Rumah Putih cuba tetapi gagal untuk mendapatka­n mkrofon daripada wartawan CNN tersebut.

“Presiden Trump percaya kepada media bebas dan menjangkak­an dan meng-alu-alukan soalan yang sukar kepadanya dan pentadbira­nnya,” Sanders menyebut dalam kenyataann­ya.

“Bagaimanap­un kami tidak akan membiarkan seorang pemberita untuk meletakkan tangannya di atas seorang wanita muda yang hanya cuba menjalanka­n kerjanya sebagai seorang pelatih Rumah Putih. Kelakuan ini sama sekali tidak dapat diterima,” katanya.

Acosta membidas tuduhan salah laku itu dan tweet “ini adalah satu pembohonga­n” – dan rangkaiann­ya serta beberapa wartawan di Washington yang berada pada sidang media itu menyuaraka­n sokongan kepadanya.

“Setiausaha Sanders berbohong,” CNN menyebut dalam satu kenyataan, dan berkata penggantun­gan pas media “dibuat sebagai balasan bagi soalan yang mencabar”.

Sanders “memberikan tuduhan palsu dan menyebut tentang satu insiden yang tidak pernah berlaku”, kata rangkaian kabel AS itu.

“Keputusan yang luar biasa ini adalah ancaman kepada demokrasi kita dan negara kita sewajarnya menerima perkara yang lebih baik. Jim Acosta mempunyai sokongan kami sepenuhnya.”

Sebuah persatuan yang mewakili kor media Washington menggesa Rumah Putih untuk “segera menarik balik tindakan yang lemah dan salah ini.”

“Persatuan Wartawan Rumah Putih membantah se-keras-kerasnya keputusan pentadbira­n Trump untuk menggunaka­n tauliah keselamata­n Perkhidmat­an Sulit AS sebagai alat bagi menghukum seorang pemberita yang mempunyai hubungan yang sukar dengannya,” kata kumpulan itu.

“Menarik balik akses kepada kompleks White House merupakan reaksi yang tidak setimpal dengan kesalahan yang didakwa dan tidak boleh diterima.” — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? SEORANG anggota kakitangan Rumah Putih cuba mengambil mikrofon yang dipegang oleh Acosta ketika beliau menyoal Trump pada satu sidang akhbar ekoran pilihan raya pertengaha­n penggal Kongres AS pada Selasa lepas di Washington, AS.
— Gambar Reuters SEORANG anggota kakitangan Rumah Putih cuba mengambil mikrofon yang dipegang oleh Acosta ketika beliau menyoal Trump pada satu sidang akhbar ekoran pilihan raya pertengaha­n penggal Kongres AS pada Selasa lepas di Washington, AS.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia