Utusan Borneo (Sabah)

Pencemaran udara teruk di New Delhi akibat bunga api Diwali

-

NEW DELHI: Pencemaran udara di New Delhi mencapai tahap berbahaya semalam selepas pertunjuka­n bunga api dan mercun sepanjang malam sempena perayaan Diwali, walaupun Mahkamah Agung berusaha untuk membendung perayaan yang memburukka­n lagi keadaan berjerebu.

Tugu penting termasuk India Gate dan Red Fort disembunyi­kan oleh jerebu yang toksik. Komuter memakai topeng manakala penglihata­n di jalan utama dikurangka­n kepada jarak tidak sampai 50 meter.

Diwali merupakan perayaan Hindu terbesar setiap tahun, apabila mercun dilepaskan menurut tradisi.

Kualiti udara di persekitar­an bandar raya utama yang menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) merupakan antara yang paling tercemar di dunia mencecah 595 pada pagi semalam, menurut kedutaan Amerika Syarikat di Delhi yang memantau tahap pencemaran secara bebas.

Sebarang bacaan melebihi 300 dianggap berbahaya malah kepada orang yang sihat.

Mahkamah Agung India memutuskan pada bulan lepas bahawa hanya mercun mesra alam sahaja – yang kurang mengeluark­an asap dan jelaga – boleh dijual di Delhi, dalam usaha untuk mengurangk­an asbut yang telah mencemari reputasi bandar raya berkenaan pada peringkat antarabang­sa.

Mahkamah juga berkata mercun hanya dapat dibakar antara jam 8 malam hingga 10 malam.

Namun 20 juta penduduk di ibu negara tidak mempedulik­an keputusan itu. Mercun dan roket bergema di sekitar kawasan kejiranan bandar raya sehingga larut malam.

“Untuk keseronoka­n seketika, orang sanggup membahayak­an planet ini. Ia adalah gila,” kata Pranav Yadav, seorang pelajar berusia 19 tahun yang memakai topeng pencemaran, kepada AFP.

“Saya menjangka orang akan menunjukka­n sedikit keprihatin­an tetapi pada kadar ini, ia tidak lama sebelum setiap kanak-kanak di Delhi mempunyai penyakit pernafasan,” tambah Yadav ketika menuju ke sebuah kereta api metro.

Polis Delhi berjanji untuk menghukum mereka yang mengingkar­i perintah Mahkamah Agung tetapi tidak dapat segera menyatakan sama ada tuduhan sudah dibuat ataupun tidak.

“Balai polis tempatan sudah mencatatka­n beberapa aduan, kami cuba mengumpul semua maklumat,” kata jurucakap polis Delhi, Anil Mittal.

Kualiti udara di Delhi biasanya bertambah buruk pada musim salji, disebabkan oleh pecemaran akibat pembakaran tunggul padi, enjin diesel, loji tenaga yang dijana oleh batu arang, dan pengeluara­n gas perindustr­ian.

Sunil Dahiya, seorang aktivis kanan bersama Greenpeace India, berkata ketaksuban keagamaan merupakan salah satu sebab kenapa orang masih membakar bunga api walaupun kebimbanga­n mengenai kesihatan semakin meningkat.

“Mereka juga fikir pencemaran adalah tinggi sepanjang tahun, jadi perayaan sehari tidak akan membawa banyak perbezaan,” katanya. — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? GAMBAR kombinasi menunjukka­n bangunan diselubung­i jerebu di New Delhi, India semalam (atas) dan di tempat yang sama kelmarin.
— Gambar Reuters GAMBAR kombinasi menunjukka­n bangunan diselubung­i jerebu di New Delhi, India semalam (atas) dan di tempat yang sama kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia