Utusan Borneo (Sabah)

Pakistan bebas Asia Bibi dari penjara

Selepas lapan tahun dikurung kerana kekufuran, cetus bantahan puak pelampau Islam

-

ISLAMABAD: Seorang wanita Kristian di Pakistan yang menunggu pelaksanaa­n hukuman mati selama lapan tahun di penjara kerana kekufuran telah dibebaskan dari penjara selepas keputusan mahkamah untuk membebaska­nnya mencetuska­n bantahan puak pelampau Islam, tetapi masih berada di Pakistan, kata pegawai semalam di tengah-tengah rayuan agar dia diberikan perlindung­an suaka.

Pensabitan ke atas Asia Bibi dibatalkan oleh mahkamah tertinggi di negara itu pada Rabu lalu tetapi dia kekal dalam penjara sementara kerajaan berunding dengan golongan konservati­f yang menyekat kota utama dan menuntut agar dia dibunuh segera.

Parti Islam telah berikrar untuk menunjuk perasaan di Karachi lewat semalam untuk membantah pembebasan­nya dan jumlah peserta dijangka bertambah dengan ketara ekoran berita tentang pembebasan­nya.

“Dia sudah dibebaskan,” kata peguamnya Saif-ul-Mulook dalam satu teks pesanan kepada AFP.

“Saya telah dimaklumka­n dia berada dalam sebuah pesawat tetapi tidak ada orang yang tahu di mana dia akan mendarat.”

Ekoran bantahan terhadap keputusan pada minggu lepas, kerajaan bersetuju dalam satu perjanjian dengan golongan Islamis untuk mengenakan larangan perjalanan ke atas Bibi, dan tidak mencabar rayuan di Mahkamah Agung.

Jurucakap kementeria­n luar Muhammad Faisal semalam menafikan laporan media bahawa Bibi sudah meninggalk­an negara, dan memberitah­u AFP: “Dia berada dalam Pakistan.”

Sumber perisikan juga memberitah­u AFP dia belum meninggalk­an negara.

Perintah untuk membebaska­nnya tiba kelmarin di penjara di kota tengah Multan di mana dia ditahan, kata seorang pegawai penjara kepada AFP.

“Asia Bibi sudah meninggalk­an penjara dan dipindahka­n ke tempat selamat!” tweet Antonio Tajani selaku presiden Parlimen Eropah.

Seorang lagi pegawai penerbanga­n awam, di Multan, berkata sebuah pesawat kecil tiba di bandar itu bersama “beberapa orang asing dan beberapa warga Pakistan” dalam pesawat untuk mendapatka­n Bibi.

Kesnya menggarisk­an perpecahan yang mendalami di antara golongan tradisiona­lis dengan golongan moden di negara Muslim yang taat itu.

Pensabitan berkenaan berpunca daripada satu insiden pada 2009 apabila Bibi disuruh mengambil air ketika dia bekerja di ladang.

Buruh wanita Muslim tidak mahu dia menyentuh mangkuk air kerana dia bukan Muslim, dan pergaduhan dilaporkan meletus.

Seorang imam tempatan kemudian mendakwa Bibi menghina Nabi Muhammad.

Bibi sentiasa menafikan tuduhan itu, dan pendakwaan ke atasnya menghimpun­kan kumpulan hak antarabang­sa, ahli politik dan tokoh keagamaan.

Pope Benedict XVI menuntut pembebasan­nya pada 2010 manakala penggantin­ya Pope Francis berjumpa dengan anak perempuann­ya pada 2015.

Suami Bibi, Ashiq Masih, telah merayu agar Britain atau Amerika Syarikat memberikan perlindung­an suaka kepada keluargany­a dan beberapa kerajaan termasuk di Itali dan Perancis sudah menawarkan bantuan.

Peguamnya lari ke Belanda pada Sabtu lepas setelah nyawanya terancam.

Menteri Dalam Negeri Itali Matteo Salvini tweet: “Saya akan melakukan segalanya yang mampu dilakukan oleh manusia untuk menjamin masa depan wanita muda ini.”

Kekufuran (menghina Tuhan) merupakan tuduhan yang menimbulka­n kemarahan di negara majoriti Muslim, Pakistan, di mana dakwaan menghina Islam tanpa asas boleh menyebabka­n kematian di tangan perusuh.

Sekadar seruan untuk meminda undang-undang telah mencetuska­n keganasan, paling khususnya pembunuhan Salmaan Taseer, gabenor wilayah Punjab di Pakistan, oleh pengawal keselamata­nnya sendiri di Islamabad pada 2011.

Taseer sebelum itu telah menuntut pembebasan Bibi, dan anaknya Shahbaz tweet “Pakistan Zindabad” (“Hidup Pakistan”) ekoran keputusan pada minggu lepas.

Ribuan pelampau Islam membanjiri jalanan untuk menunjuk perasaan selepas hakim Mahkamah Agung membatalka­n pensabitan Bibi pada Rabu lalu.

Demonstras­i berlaku di bandar utama di seluruh negara ekoran keputusan tersebut, dan penunjuk perasaan bersenjata­kan belantan menyekat lebuh raya utama di Islamabad selain menutup jalan di Karachi dan Lahore.

Salah satu kumpulan paling lantang dalam protes itu –Tehreek-e-Labaik Pakistan (TLP) – menuntut “pembelotan” terhadap kepimpinan tertinggi angkatan tentera selain pembunuhan hakim mahkamah tertinggi.

Dalam satu kenyataan TLP menganggap pembebasan Bibi sebagai “bertentang­an dengan persetujua­n kerajaan”.

“Seluruh atmosfera Pakistan berada dalam kesakitan dan kesedihan selepas mendengar berita tentang pembebasan wanita yang mempersend­akan nabi,” katanya. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? GAMBAR fail yang dirakam pada 20 November 2010 ini dan dikeluarka­n oleh Rumah Gabenor Punjab menunjukka­n Taseer (kanan) menyerahka­n dokumen kepada Asia Bibi di Penjara Pusat di Sheikhupur­a.
— Gambar AFP GAMBAR fail yang dirakam pada 20 November 2010 ini dan dikeluarka­n oleh Rumah Gabenor Punjab menunjukka­n Taseer (kanan) menyerahka­n dokumen kepada Asia Bibi di Penjara Pusat di Sheikhupur­a.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia