Utusan Borneo (Sabah)

Sukan memanah tradisiona­l berpotensi

Mampu jadi produk pelanconga­n baharu Sabah

- Oleh VITALIS G. BINGKASAN

KOTA KINABALU: Sukan memanah tradisiona­l mampu menjadi salah satu produk pelanconga­nbaharuneg­eriini dan dimasukkan dalam sukan ko-kurikulum sekolah.

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal berkata keaktifan penganjura­n pertanding­an sukan memanah tradisiona­l dan penyertaan menggalakk­an di seluruh negara meletakkan sukan itu di landasan baik menjadi salah satu produk pelanconga­n.

Antara keunikan sukan itu adalah peserta memakai busana pelbagai kaum semasa pertanding­an.

“Saya berasa teruja sukan memanah tradisiona­l berkembang dengan penganjura­n kejohanan yang semakin rancak. Boleh dikatakan setiap minggu ada acara sukan memanah dianjurkan di seluruh Malaysia.

“Dengan perkembang­an positif ini saya percaya suatu hari nanti, sukan memanah tradisiona­l akan dimasukkan dalam ko-kurikulum sekolah,” katanya semasa merasmikan Sabah Traditiona­l Archery Competitio­n (STAC)-Khatra Open di SMK Datuk Peter Mojuntin Penampang, Ahad lalu.

Teks ucapannya disampaika­n Pembantu Menteri Kepada Timbalan Ketua Menteri, Menteri Perdaganga­n Dan Perindustr­ian, Chong Chen Bin.

Turut bersama adalah Pengetua SMK Datuk Peter Mojuntin yang juga penaung Kelab Khatra Nurani Fauziah Derin.

STAC-Khatra Open yang berlangsun­g di SMK Datuk Peter Mojuntin pada 3-4 November dan Ampuan Range Pantai Kenangan Bongawan Papar pada 3 November itu disertai 220 pemanah dari 18 kelab dan peserta persendiri­an.

Kelab-kelab yang mengambil bahagian terdiri daripada Khatra Kota Kinabalu, Kesatria Kota Kinabalu, Pewaris Kuala Lumpur, Ladarch LD, GPS Sarawak, Katra UMS, Petala Labuan, Akademi Memanah Masjid Bandar Baru Senawang Selangor, SPAC Sipitang, Al Ilmiah Keningau, Kemtram Kota Marudu, North Borneo Archers, Kemtras Semporna, Petra Tawau, Kelab Rimayah, Majlis Bandraya Johor Bharu, GPU Negeri Sembilan dan Kelab PPIAN.

Pertanding­an itu dijayakan juga dengan sumbangan tajaan daripada LA Sports Corporatio­n, Royal Archery, Hotel Pan Borneo Kota Kinabalu, Sazarice, Wisma Harta, Persatuan Suang Lotud Sabah, Ryanasweet Collection, KK Drinks Sdn Bhd, Jannie Lasimbang dan Jennifer Lasimbang.

 ??  ??
 ??  ?? CHONG Chen Bin (depan empat dari kiri) melepaskan anak panah sebagai simbolik perasmian. Turut bersama adalah presiden kelab-kelab yang mengambil bahagian.
CHONG Chen Bin (depan empat dari kiri) melepaskan anak panah sebagai simbolik perasmian. Turut bersama adalah presiden kelab-kelab yang mengambil bahagian.
 ??  ?? PEMENANG acara recurve 18 dan 15 tahun ke bawah.
PEMENANG acara recurve 18 dan 15 tahun ke bawah.
 ??  ?? ANTARA pemenang acara Dinamik Berkumpula­n.
ANTARA pemenang acara Dinamik Berkumpula­n.
 ??  ?? PESERTA merakamkan gambar bersama Chong Chen Bin.
PESERTA merakamkan gambar bersama Chong Chen Bin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia