Utusan Borneo (Sabah)

Kanser bukan penamat karier: Chong Wei

-

KUALALUMPU­R:Penyakit kanser dihidapi Datuk Lee Chong Wei bukan penghalang kepada jaguh badminton negara itu untuk meneruskan impiannya beraksi pada Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Setelah hampir empat bulan berehat selepas dikesan menghidap barah hidung tahap satu pada Julai lepas, Chong Wei tampil membuat kenyataan bahawa beliau bersedia menggalas cabaran negara dalam misi meraih slot ke Sukan Olimpik, yang bermula tahun depan.

Pemain berusia 36 tahun itu yang kelihatan sihat dan ceria berkata beliau lega apabila disahkan bebas kanser oleh doktor selepas menjalani 33 kali rawatan di Taiwan.

“Terima kasih kepada semua peminat, keluarga dan persatuan yang sentiasa mendoakan kesihatan saya serta memberi sokongan dan semangat terutamany­a ketika saya menghadapi ujian paling sukar dalam hidup apabila menghidap kanser.

“Penyakitin­ibukanmasa­lah kecederaan fizikal biasa dilalui atlet lain tetapi ia melibatkan kesihatan dalaman yang sangat digeruni sesiapa sahaja didapati menghidap kanser. Seperti orang lain, saya juga berasa hilang semangat, tidak selera makan dan tidak boleh tidur apabila tahu ada kanser,” katanya pada sidang media khas di Akademi Badminton Malaysia, Bukit Kiara, di sini pada Khamis.

Sepanjang 18 tahun penglibata­n dalam arena badminton negara, ‘Hero Negara’ itu menempuh pelbagai dugaan dan cabaran antaranya apabila didapati positif doping jenis dexamethas­one pada Oktober 2014, selain kecederaan fizikal yang pernah dialaminya.

Chong Wei berkata tiada istilah berputus asa dalam dirinya dan beliau sentiasa bersemanga­t mahu meneruskan kariernya dalam sukan badminton dan meraih kejayaan untuk negara.

“Saya akan kembali ke gelanggang sebaik sahaja mendapat kebenaran daripada doktor, mungkin pada Disember. Sekarang pun saya tetap berlatih sendiri di rumah. Saya terlalu sayangkan sukan badminton tetapi kini kesihatan adalah keutamaan saya.

“Saya tidak mahu berhenti lagi. Pingat emas Sukan Olimpik sentiasa menjadi impian saya, buat apa bertanding di Sukan Olimpik kalau mahu kalah, semua orang idamkan pingat emas Olimpik,” katanya.

Menceritak­an pengalaman menjalani rawatan selama lebih dua bulan di Taiwan melibatkan tujuh doktor, Chong Wei mengakui serangan kanser tersebut adalah detik paling sukar terjadi dalam hidupnya kerana ahli keluarga turut terkesan dengan keadaan beliau itu.

Chong Wei melahirkan rasa syukur kerana ahli keluarga termasuk anak-anaknya sentiasa di sisi memberi sokongan moral ketika beliau sedang bertarung melawan kanser dengan menjalani rawatan sebanyak 33 kali Terapi Proton yang mengambil masa 35 minit setiap rawatan.

“Saya mula membuat pemeriksaa­n selepas mengalami simpton susah bernafas dan keluar sedikit darah ketika batuk, apabila mengetahui positif kanser, saya menangis dan tidak mampu berfikir perkara lain, doktor di sini menasihatk­an supaya membuat rawatan di Taiwan.

“Dua minggu pertama di Taiwan saya mampu menghadapi rawatan yang diberikan tetapi masuk - Gambar BERNAMA minggu ketiga rawatan Terapi Proton semakin sukar buat diri saya...ia sangat menyakitka­n anggota badan saya terutamany­a pada mulut dan leher.

“Waktu ini saya tidak boleh bercakap, tidak boleh makan dan hanya boleh minum susu. Saya menangis setiap kali cuba menelan makanan, leher saya hitam disebabkan rawatan itu,” kata bekas pemain nombor satu dunia yang ditemani isteri, Datin Wong Mew Choo pada Khamis.

Beliau mula menyedari menghidap kanser pada Julai lepas dan dinasihatk­an doktor supaya mengawal tekanan dan mendapatka­n rehat yang cukup selain mengamalka­n gaya pemakanan sihat.

Chong Wei yang kehilangan lima kilogram susulan rawatan itu menasihatk­an kepada pesakit kanser lain supaya cekal dalam menghadapi rawatan dan tidak mudah berputus asa kerana kanser boleh dirawat dengan adanya teknologi perubatan semakin canggih.

Dalam pada itu, walaupun disahkan bebas kanser, Chong Wei perlu menjalani rawatan susulan di Taiwan setiap tiga bulan. - Bernama

 ??  ?? CHONG Wei menunjukka­n isyarat bagus selepas sidang media di Akademi Badminton Malaysia pada Khamis.
CHONG Wei menunjukka­n isyarat bagus selepas sidang media di Akademi Badminton Malaysia pada Khamis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia