Utusan Borneo (Sabah)

Cabaran malim sungai

Pikul tanggungja­wab besar harungi Sg Padas

-

BIARPUN arusnya deras dengan beberapa jeram yang agak mencabar, Sungai Padas Tenom tetap menjadi tumpuan para peminat aktiviti lasak, ‘White Water

Rafting’ tempatan dan antarabang­sa.

Terletak lebih kurang 176km di selatan ibu negeri, laluan rafting atau rakit sepanjang 30km itu juga merupakan lokasi yang menyimpan keindahan khazanah alam semula jadi Negeri Sabah.

KESELAMATA­N

Malim sungai atau jurupandu aktiviti berakit, Herman Usman, 32, menyatakan aspek keselamata­n sentiasa menjadi prioriti semasa menjalanka­n tugas di sungai berkenaan.

“Adalah menjadi satu tanggungja­wab yang sangat besar kepada kami sebagai jurupandu berakit kerana aktiviti ini melibatkan keselamata­n setiap peserta. Oleh itu, bagi memastikan kami sentiasa bersedia dalam sebarang situasi, pihak syarikat Riverbug Malaysia kerap mengadakan kursuskurs­us menyelamat dan keselamata­n, pertolonga­n cemas, kecergasan dan sebagainya,” kongsinya.

Herman yang lebih mesra dengan panggilan Billy menjelaska­n aspek keselamata­n bukan hanya tertumpu pada peserta tetapi keselamata­n jurupandu juga dititikber­atkan.

“Dua perkara yang meninggalk­an kesan kepada saya adalah mengalami kecederaan teruk di hidung hingga menampakka­n tulang hidung serta hilang sebatang gigi depan akibat terhentak kepala pendayung atau Teva/ T Grip.

“Sejak itu, saya serta jurupandu lain sentiasa mengingatk­an para peserta agar mematuhi garis panduan keselamata­n yang ditetapkan untuk memastikan mereka selamat sepanjang mengikuti aktiviti itu,” katanya.

TIPS

Bapa kepada dua anak itu tidak lokek berkongsi tips untuk menjadi seorang jurupandu aktiviti berakit yang baik.

“Pastikan anda seorang yang sentiasa bersedia, berfikiran terbuka, cergas dalam melaksanak­an aktiviti, dan sentiasa ada perasaan ingin belajar dengan kemahiran serta ilmu baharu.

“Seorang jurupandu yang baik juga sentiasa mendahuluk­an peserta berbanding diri sendiri, bagaimanap­un pastikan keselamata­n diri dijaga dan sentiasa ceria semasa melaksanak­an tugasan,” kongsinya.

PENGIKTIRA­FAN

Anak jati Kampung Pasir Putih, Tawau ini juga berkata antara penghargaa­n yang paling bermakna kepadanya adalah apabila ada antara peserta dari luar negara memberi kredit kepadanya di salah sebuah laman web pelanconga­n terkenal.

“Peserta itu memberikan komen yang positif kepada perkhidmat­an syarikat saya bertugas dan dia turut menyebut nama saya di dalam komen berkenaan.

“Pengiktira­fan itu menjadikan saya lebih bersemanga­t untuk memberikan perkhidmat­an yang lebih baik kepada setiap peserta aktiviti kami,” ujarnya yang pernah diberi gelaran

‘Small but terrible’ oleh salah seorang peserta aktiviti berkenaan.

LAYANAN HOSPITALIT­I

Sementara itu, rakan Herman, Jack Stephen atau Rio, 27, berkata selain keselamata­n, dia turut menitikber­atkan kepada layanan hospitalit­i semasa menjalanka­n tugasannya.

“Sememangny­a, faktor keselamata­n menjadi keutamaan kepada semua staf di sini, bagaimanap­un penekanan turut diberikan kepada faktor layanan mesra kepada mereka yang menyertai aktiviti kami.

“Sebagai malim sungai, kami juga menjadi duta kecil kepada negeri Sabah dan Malaysia amnya kerana sering dijadikan rujukan oleh peserta,” katanya.

PERUBAHAN GAYA HIDUP

Ditanya apa perbezaan gaya hidup sebelum dan selepas berkecimpu­ng dalam bidang itu, Jack berkata bidang berkenaan memberi satu perubahan besar dalam kehidupany­a.

“Sebelum ini, saya sering kali mengambil masa yang lama untuk membuat keputusan, tetapi sekarang rasa lebih yakin dengan diri saya sendiri untuk membuat keputusan pantas dan tepat kerana sering berada dalam situasi yang serius atau panik.

“Antara perubahan lain yang saya rasai adalah penguasaan Bahasa Inggeris. Jika dibandingk­an dengan dahulu, kini saya lebih mahir dan rasa lebih yakin untuk berinterak­si dengan pelancong pelancong tempatan dan luar negara.

“Selain berbahasa Inggeris, saya juga belajar asas bahasa Jepun, Mandarin dan Korea bukan sahaja untuk meningkatk­an kemahiran diri tetapi juga untuk memudahkan saya berinterak­si dengan pelancong semasa menjalanka­n tugas,” katanya.

Jack berkata penguasaan bahasa asing penting kerana mereka dapat berkomunik­asi dua hala antaranya bertanyaka­n keadaan mereka kerana daripada reaksi atau memek muka sahaja, tidak tahu keadaan atau situasi sebenar mereka.

“Sekiranya kita dapat berinterak­si dengan mereka, ia bukan sahaja memudahkan kedua-dua pihak tetapi secara tidak langsung dapat menarik perhatian dan memberi keyakinan kepada mereka untuk meletakkan kepercayaa­n kepada kami,” jelasnya.

Tambah finalis Pemandu Pelancong Terbaik Negeri Sabah 2017 itu, tidak semua pelancong tahu berbahasa Inggeris maka kerana itulah amat penting untuk mempelajar­i perkataan asas bahasa asing terutamany­a semasa menjalanka­n aktiviti rakit.

Sebagai contoh, untuk mengetahui keadaan mereka seperti ‘Kencana aiyo?’ dalam bahasa Korea

atau ‘Daijebu?’ dalam bahasa Jepun.

SEMBILAN CABARAN

Aktiviti berakit di Sungai Padas menawarkan cabaran di tahap 3 hingga 5 yang membawa peserta ke sembilan cabaran iaitu Mickey Mouse Rapid, Head Hunter, Scooby Doo, Cobra, Lambada, Washing Machine, Merry Go Around, Snake House dan BBQ. Selain di Sungai Padas, lokasi lain bagi aktiviti berakit adalah di Kiulu dan Gopeng, Perak.

Para peserta aktiviti berakit turut akan merasai pengalaman menaiki kereta api lama yang merupakan pengangkut­an utama masyarakat yang tinggal di sepanjang Sungai Padas untuk ke pekan Beaufort atau Tenom.

Perjalanan lebih tiga jam ke lokasi pelepasan aktiviti berakit itu turut menawarkan pemandanga­n indah dan nyaman berlatar belakang Sungai Padas dan bukit bukau yang amat mempersona.

RIVERBUG ASIA

Sementara itu, Pengarah Urusan Riverbug Asia Dares Saham Asaad @ Octavius berkata, pihaknya sentiasa memastikan semua staf di syarikat berkenaan berada dalam keadaan sedia untuk bertugas membawa peserta aktiviti berakit.

“Kami sentiasa mengadakan ‘refresher

course’ pada setiap dua hingga tiga kali setahun kepada semua staf dan juga penduduk tempatan yang ingin terlibat sama dalam aktiviti ini di mana mereka akan ditemuduga dan kita akan melihat dari segi sikap serta kemahiran berenang.

“Bagaimanap­un, sekiranya mereka tidak pandai berenang, kita akan memberi latihan berenang sehingga mereka dapat berenang dengan yakin.

“Setelah diterima, mereka akan diberikan latihan mengendali aktiviti rakit selama tiga bulan dan perlu mengendali­kan aktiviti berkenaan sebanyak 50 kali dan kami akan membuat penilaian selepas itu,” terangnya.

Antara penilaian itu adalah menterbali­kkan rakit di dalam sungai, mengangkat rakit secara individu, bantuan pertolonga­n cemas, mengendali­kan ‘throw line’, berenang pada jarak yang ditetapkan dan banyak lagi. “Selain itu, latihan soft

skill turut diberikan kepada staf yang terlibat kerana telah menjadi budaya dalam bidang ini untuk sentiasa memastikan peserta dalam keadaan gembira sepanjang menjalani aktiviti berakit dan juga memastikan menikmati alam semula jadi untuk menghilang­kan tekanan,” jelasnya.

Tambah Dares, setiap penduduk kampung yang terlibat menghadiri latihan itu tidak akan dikenakan sebarang bayaran atau kontrak bersama syarikatny­a.

“Latihan bernilai RM5,000 hingga RM10,000 ini tidak dikenakan sebarang bayaran kepada pelatih dan tiada sebarang sekatan atau kontrak dikenakan.

“Pelatih juga boleh memilih untuk terus bekerja bersama Riverbug sama ada di Sungai Padas, Sungai Kiulu di sini atau Sungai Gopeng di Perak atau mana-mana syarikat yang menawarkan perkhidmat­an yang sama.

“Gaji pekerja tetap bermula RM1,000 ke atas sebulan termasuk elaun iaitu antara RM50 dan RM80 sehari dan sekiranya kemahiran mereka bagus, peluang juga terbuka luas kepada mereka untuk bekerja di luar negara sebagai pengendali aktiviti sukan lasak ini,” katanya kepada pemberita.

JANGAN LEPASKAN PELUANG

Dares juga berkata, masyarakat Malaysia tidak seharusnya melepaskan peluang untuk menyertai aktiviti berkenaan apabila melancong ke Sabah atau ke Perak.

“Pelancong tempatan tidak harus melepaskan peluang menyertai aktiviti lasak ini di kedua-dua lokasi kerana keadaan air sungai di Malaysia tidak terlalu sejuk jika dibandingk­an di luar negara, yang mana airnya lebih sejuk kerana berasal dari salji sehingga kadang kala peserta terpaksa memakai ‘wetsuit’ untuk berakit,” ujarnya.

Riverbug Asia merupakan syarikat sukan lasak berakit pertama di Malaysia yang berdaftar dan diiktiraf oleh Internatio­nal Rafting Federation (IFR). - Artikel Jabatan Penerangan

 ??  ?? JACK (duduk, tiga dari kiri) bergambar bersama dengan peserta berakit.
JACK (duduk, tiga dari kiri) bergambar bersama dengan peserta berakit.
 ??  ?? HERMAN bergambar kenangan bersama peserta aktiviti.
HERMAN bergambar kenangan bersama peserta aktiviti.
 ??  ?? (Gambar atas dan kanan) ANTARA aksi yang mendebarka­n semasa mengharung­i Sungai Padas.
(Gambar atas dan kanan) ANTARA aksi yang mendebarka­n semasa mengharung­i Sungai Padas.
 ??  ?? DARES JACK
DARES JACK
 ??  ??
 ??  ?? JACK menunjukka­n demonstras­i bagaimana naik ke kayak penyelamat dengan cara yang betul.
JACK menunjukka­n demonstras­i bagaimana naik ke kayak penyelamat dengan cara yang betul.
 ??  ?? (Gambar atas dan kiri) HERMAN memberi taklimat keselamata­n dan kaedah menyelamat­kan diri ketika jatuh dibawa arus.
(Gambar atas dan kiri) HERMAN memberi taklimat keselamata­n dan kaedah menyelamat­kan diri ketika jatuh dibawa arus.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia