Utusan Borneo (Sabah)

TLDM guna peruntukan sebaik mungkin

Pastikan keselamata­n komuniti maritim terjamin

-

KOTA KINABALU: Peruntukan yang diberikan kepada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dalam Belanjawan 2019 perlu digunakan sebaik mungkin untuk memastikan keselamata­n komuniti maritim di negara ini terus terjamin, kata Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzam­an Ahmad Badaruddin.

Beliau berkata bahawa penguranga­n peruntukan kepada TLDM pada tahun hadapan dilihat agak ketara dan perlu dikaji impaknya kepada komitmen untuk memenuhi keperluan operasi keselamata­n maritim.

“Kita telah mendengar bajet untuk tahun hadapan dan ia adalah seperti yang kita jangka memandangk­an cabaran yang dihadapi oleh kerajaan dan kesan ekonomi dunia yang tidak menentu pada masa kini.

“Dengan penguranga­n bajet yang besar untuk 2019 ini kita perlu melakukan sesuatu yang luar daripada kebiasaan untuk mengurangk­an risiko kepada dua aspek iaitu, komitmen kita terhadap operasi keselamata­n maritim serta menentukan aspek keselamata­n anggota dan kapal,” katanya kepada pemberita pada Majlis Ramah Mesra Bersama Warga TLDM, Sepanggar di sini pada Jumaat.

Beliau berkata penguranga­n peruntukan berkenaan perlu dilihat dengan lebih serius untuk memastikan ia tidak memberi kesan kepada anggota dan kapal TLDM.

“Ini kerana kita tidak boleh berkomprom­i dalam aspek keselamata­n anggota dan kapal kita. Oleh itu kita akan kaji dengan teliti untuk tindakan sewajarnya. Oleh itu TLDM akan mengangkat isu cabaran ini kepada pihak Kementeria­n agar ianya dapat dipertimba­ngkan. Kita juga akan terus berusaha untuk memastikan ia tidak memberi kesan serius kepada TLDM secara keseluruha­nnya.

Pada masa yang sama, Ahmad Kamarulzam­an juga yakin kerajaan baharu di bawah Pakatan Harapan (PH) dapat memberi sokongan terhadap perancanga­n jangka panjang TLDM, khasnya pelan transforma­si TLDM.

“Saya berterima kasih kepada kerajaan khasnya menteri pertahanan kerana telah memberi perakuan terhadap rancangan jangka panjang kita iaitu Program Transforma­si ‘15 to 5’.

“Program ini dapat menentukan kapal-kapal lama yang tidak kos efektif untuk dioperasik­an dapat digantikan dengan yang baharu secara berperingk­at. Kita tidak perlu kapal besar dan mahal..apa yang penting adalah kapal yang sesuai untuk tujuan kerana ia amat penting agar kehadiran kapal di laut berupaya memastikan keselamata­n komuniti maritim terus terjamin.

Sementara itu, mengulas mengenai majlis itu, Ahmad Kamarulzam­an berkata ia diadakan sempena persaraann­ya pada hujung bulan ini.

“Saya akan menyerahka­n tampuk pemerintah­an TLDM selepas tiga tahun menerajuin­ya. Saya akan bersara setelah 42 tahun berkhidmat.

“Ini merupakan satu rasa kebangaan dan satu perasaan kepuasan hati yang sangat tinggi dalam tempoh 42 tahun berkhidmat kepada negara, terutama 3 tahun terakhir sebagai Panglima Tentera Laut. Oleh itu saya mengucapka­n terima kasih kepada semua warga kerja TLDM yang telah menyokong dan memberi sokongan padu kepada saya selama ini,” tambahnya.- Bernama

“Penguranga­n peruntukan kepada TLDM pada tahun hadapan dilihat agak ketara dan perlu dikaji impaknya kepada komitmen untuk memenuhi keperluan operasi keselamata­n maritim. ” LAKSAMANA TAN SRI AHMAD KAMARULZAM­AN AHMAD BADARUDDIN Panglima Tentera Laut

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia