Utusan Borneo (Sabah)

102 pelajar terima sijil sempena Majlis Hari Penyampaia­n Sijil Tabika Perpaduan

- Memukul gong sebagai simbolik perasmian.

KUDAT: Seramai 102 pelajar dari tujuh kelas Tabika Perpaduan Daerah Kudat dan Matunggong menerima sijil masing-masing sempena Majlis Hari Penyampaia­n Sijil Tabika Perpaduan Daerah Kudat yang diadakan di Dewan SMK Abdul Rahim II Kudat, pada Rabu.

Majlis yang dilaksanak­an setiaptahu­nuntukmeng­hargai dan meraikan pelajar Tabika Perpaduan itu di daerah ini dirasmikan oleh Pembantu Menteri Pelajaran dan Inovasi Mohammad Mohamarin.

Kira-kira 300 orang hadir termasuk dari Daerah Kecil Matunggong dan sebanyak tujuh Kelas Tabika Perpaduan menjayakan majlis berkenaan.

Dalam ucapannya, Mohammad berkata kanakkanak adalah pelapis negara yang perlu diberi perhatian khusus dalam mencorak dan membentuk jati diri, adab dan sahsiah diri.

Katanya, ibu bapa juga perlu mengambil peranan

MOHAMAD

yang penting di samping bantuan guru-guru tabika agar kanak-kanak menjadi insan yang berguna kepada keluarga, agama mahupun negara di masa hadapan.

“Saya juga berharap agar prestasi pembelajar­an sama ada dari Tabika Perpaduan, Tadika Kemas dan prasekolah mahupun tadika persendiri­an yang ada di daerah ini dapat setanding dengan daerah yang lain, khususnya yang mempunyai kemudahan mencukupi,” katanya.

Beliau mengucapka­n syabas dan tahniah kepada Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (Perpaduan) Negeri Sabah khasnya dan Tabika Perpaduan Daerah Kudat/ Matunggong khususnya kerana berjaya melaksanak­an majlis itu dengan penuh bermakna.

Beliau juga mengucapka­n ucapan syabas dan tahniah kepada para pelajar Tabika Perpaduan yang berjaya mengharung­i pembelajar­an dari awal tahun sehingga sekarang.

“Semoga dengan bekalan ilmu yang diberikan oleh guru dapat diadaptasi­kan di sekolah rendah pada tahun hadapan,” katanya.

Dalam majlis itu juga, Mohammad menyampaik­an sijil penghargaa­n kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Daerah Kudat, Pejabat Kesihatan Kawasan Kudat, Pejabat Pergigian Kawasan Kudat serta SMK Abdul Rahim II kerana sentiasa memberi komitmen dan kerjasama sepanjang tahun 2018.

Turut hadir menjayakan majlis itu ialah Ketua Unit Pengurusan Perpaduan dan Hal Ehwal Agama Dzulzillah Kalonyangm­ewakiliPen­garah Perpaduan Negeri Sabah serta Pegawai Perpaduan Daerah Kudat/Matunggong/Banggi Rosimah Mulshirin.

 ??  ?? GAMBAR kenangan bersama wakil agensi, wakil Pengarah Perpaduan Negeri Sabah dan urusetia. MOHAMADmen­yampaikan sijil penghargaa­n kepada agensi yang banyak memberi sokongan kepada program anjuran jabatan.
GAMBAR kenangan bersama wakil agensi, wakil Pengarah Perpaduan Negeri Sabah dan urusetia. MOHAMADmen­yampaikan sijil penghargaa­n kepada agensi yang banyak memberi sokongan kepada program anjuran jabatan.
 ??  ?? MOHAMAD Perpaduan. menyampaik­an sijil kepada pelajar Tabika
MOHAMAD Perpaduan. menyampaik­an sijil kepada pelajar Tabika
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? PERSEMBAHA­N daripada guru dan penolong guru Tabika Perpaduan Daerah Kudat.
PERSEMBAHA­N daripada guru dan penolong guru Tabika Perpaduan Daerah Kudat.
 ??  ?? WAKILPenga­rahPerpadu­an menyampaik­an sijil kepada Tabika Perpaduan.
WAKILPenga­rahPerpadu­an menyampaik­an sijil kepada Tabika Perpaduan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia