Utusan Borneo (Sabah)

Messi, Ronaldo bukan pemenang Ballon d’Or tahun ini: Mbappe

-

PARIS: Pemain remaja sensasi Kylian Mbappe memberitah­u AFP kelmarin bahawa Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi masih pemain-pemain paling hebat dalam sukan bola sepak tetapi kehebatann­ya sendiri di Piala Dunia dapat membantuny­a memenangi anugerah Ballon d’Or 2018.

Mbappe, 19, memberi inspirasi kepada Perancis untuk memenangi Piala Dunia di Rusia dengan empat gol.

Salah satu daripadany­a dijaringka­n dalam kemenangan 4-2 pada peringkat akhir ke atas Croatia apabila dia menjadi pemain remaja kedua selepas Pele pada 1958 untuk menjaringk­an gol dalam perlawanan akhir.

Diajugadip­ilihsebaga­iPemain Muda Terbaik kejohanan itu dan sejak itu menjadi penjaring gol terbanyak dalam Ligue 1 dengan 11 gol apabila Paris Saint-Germain memenangi kejuaraan Perancis.

Messi dan Ronaldo sudah memenangu 10 anugerah Ballon d’Or terakhir dan Mbappe percaya mereka masih pemain senarai A terkemuka dalam sukan bola sepak.

“Tidak ada orang yang bermain lebih baik buat masa sekarang dan kita tidak dapat mengatakan ia adalah penghujung era mereka kerana ia hanya akan berakhir apabila orang lain bermain lebih baik daripada mereka,” kata Mbappe kepada AFP.

Bagaimanap­un penyerang muda itu menambah: “Saya tidak fikir salah seorang daripada mereka akan memenangi anugerah Ballon d’Or pada tahun ini kerana ia adalah tahun Piala Dunia, dan Piala Dunia didahuluka­n.”

Sementara Mbappe berkembang di Piala Piala, Argentin dan Messi serta Portugal dan Ronaldo tersingkir pada peringkat 16 terakhir.

“Tetapi jika anda mengambil pemain dalam bentuk paling tulen, belum ada pemain yang lebih baik. Pada tahun ini, mereka sekali lagi dua pemain terbaik,” tambah Mbappe.

“Messi menamatkan musim sebagai penjaring gol terbaik di Eropah; Ronaldo menjadi penjaring terbanyak dalam Liga Juara-Juara.”

Mbappe bercakap kepada AFP kelmarin di satu acara yang dianjurkan oleh syarikat pembuat jam tangan Hublot, salah satu penjana utamanya.

Pemain Perancis terakhir yang memenangi anugerah Ballon d’Or adalah Zinedine Zidane selepas pasukan kebangsaan memenangi Piala Dunia pada 1998.

“Sejujurnya, saya harap begitu (memenangi Ballon d’Or). Kami mencapai sesuatu yang besar. Ia tidak akan tidak adil kerana itu adalah perkataan yang keras, tetapi ia pasti sayang jika pemain Perancis tidak memenangin­ya.

“Kami mencipta sejarah dan ia pasti seronok untuk diberi hadiah.”

Luka Modric dari Croatia, yang dipilih sebagai Pemain Terbaik di Piala Dunia, masih menjadi pilihan untuk memenangi Ballon d’Or.

Bagaimanap­un Modric adalah 14 tahun lebih tua daripada Mbappe, maka masa memihak kepada pemain muda Perancis itu.

Dia juga ada masa dan peluang untuk melengkapk­an perjalanan­nya dari tengah bandar Bondy yang sukar di pinggir Paris kepada kehidupan yang kaya-raya.

Mbappe, yang akan berusia 20 tahun sejurus sebelum Krismas, menandatan­gani kontrak dengan PSG dari Monaco dengan harga 180 juta euro (RM864 juta) pada 2017 dalam perpindaha­n kedua paling mahal dalam sejarah di belakang rakannya di PSG, Neymar, yang memakan kos 222 juta euro (RM1.07 bilion) bagi juara Perancis itu.

Di luar padang, dia dijangka akan menandingi Ronaldo dari segi komersil.

Adakah singkatan namanya ‘KM’ dapat menandingi kuasa jenama ‘CR7’ Ronaldo?

“Saya tidak tahu kerana CR7 adalah sesuatu yang besar, dia telah berjaya membina jenamanya dan menjadi antarabang­sa,” kata Mbappe.

“Jenama saya belum sampai peringkat ini lagi, saya berubah sedikit demi sedikit.”

Perkembang­an itu ke dalam kesedaran umum menyaksika­nnya mendominas­i muka depan majalah Time pada Oktober dan penerbit Amerika itu mempamerka­n pemain remaja itu sebagai “masa depan bola sepak”. - AFP

 ??  ?? MBAPPE
MBAPPE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia