Utusan Borneo (Sabah)

CUKAI LIMA PERATUS WAJAR

Dikenakan terhadap pengekspor­t hasil laut

- Oleh YAP SIONG HAN

SEMPORNA: Cukai lima peratus yang dikenakan terhadap hasil laut eksport keluar dari Sabah adalah wajar bagi memastikan sektor perikanan di negeri ini dapat diperkasak­an.

Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, sebab utama kerajaan negeri melaksanak­an cukai itu disebabkan terdapat rungutan daripada penduduk tempatan mengenai bekalan makanan laut tidak mencukupi kerana sebahagian besarnya dieksport ke Semenanjun­g Malaysia atau luar negara.

“Hasil perikanan itu diperolehi dari Sabah dan sudah tiba masanya kita perlu pastikan bekalan makanan laut mencukupi untuk menampung kedatangan pelancong.

“Selain itu, cukai itu diperlukan untuk meningkatk­an hasil di peringkat negeri agar mampu memberikan sedikit sebanyak bantuan kepada sektor perikanan kita di sini,” katanya dalam sidang media selepas menyempurn­akan Majlis Sambutan Ma’al Hijrah Peringkat Daerah Semporna, di sini pada Sabtu.

Beliau berkata, dengan adanya cukai itu, kemudahan asas dalam industri perikanan seperti bot, enjin, pukat dan sebagainya dapat ditingkatk­an.

Katanya, kerajaan juga mampu mempelbaga­ikan hasil makanan laut pada masa depan dengan pendapatan yang diperoleh daripada cukai berkenaan.

Dalam pada itu, Shafie yang juga Menteri Kewangan berkata, keadaan kewangan negeri yang terbatas tidak mampu untuk kerajaan menyalurka­n peruntukan yang diperlukan bagi menjaga keselamata­n Sabah.

“Dari segi peruntukan untuk keselamata­n di sini, ianya disalurkan kepada agensi seperti polis, tentera, Kawasan Keselamata­n Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) dan yang berkaitan oleh kementeria­n di peringkat Pusat.

“Belanjawan untuk keselamata­n adalah perkara yang dilaksanak­an dari Persekutua­n, sebagai pengerusi jawatankua­sa keselamata­n di peringkat negeri, beberapa pendekatan akan digubal bagi membolehka­n usaha menjaga keselamata­n di Sabah dikawal baik,” katanya.

Dalam majlis yang sama, Shafie turut menyampaik­an bantuan kepada 90 penerima dari kalangan mereka yang kurang bernasib baik.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia