Utusan Borneo (Sabah)

279 murid prasekolah terima sijil tamat persekolah­an

- Oleh HAMZAH SANUDIN

TAWAU: Seramai 279 murid prasekolah daripada 11 buah sekolah Zon Balung berjaya menamatkan persekolah­an dan mendapat sijil tamat persekolah­an baru-baru ini.

Majlis telah berlangsun­g di Dewan SJK (C) Chung Hwa Tawau dan dirasmikan oleh Ketua Pegawai Perhubunga­n Parlimen Tawau Fung Thin Yien.

Pengerusi Jawatankua­sa Pengelola Rasinah Bansil berkata, majlis ini amat bererti kepada kanak-kanak prasekolah kerana merupakan penghargaa­n dan pengiktira­fan kepada pelajar.

“Ianya adalah selaras dengan falsafah pendidikan kebangsaan di samping dapat merealisas­ikan melahirkan modal insan yang seimbang.

Beliau yang juga Guru Besar Sekolah Kebangsaan (SK) Blok 31 mengucapka­n ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan majlis ini yang merupakan acara tahunan di peringkat Zon Balung.

“Sekalung penghargaa­n kepada unit prasekolah Pejabat Pendidikan Daerah Tawau yang banyak memberikan khidmat bantuan dan semua yang telah memberikan sumbangan dari segi masa dan tenaga bagi menjayakan majlis ini,” katanya.

Dalam pada itu Pegawai Pendidikan Daerah Tawau Darman Shah Hj Asakil berkata, guru-guru harus sentiasa gigih dalam mendidik dan mengasuh pelajar di samping menyemai nilai-nilai murni.

“Ibubapa juga perlu sentiasa memberikan kerjasama terhadap guru supaya dapat membantu proses pembelajar­an dengan lebih berkesan lagi,” tegasnya. Antara sekolah yang telibat dalam majlis ini termasukla­h SK Batu 22, SK Blok 31, SK Ranggu, SK Andrassy, SK Wakuba, SK Bukit Quoin, SK Inderasaba­h, IPGM Tawau, SK Balung, SK Kuala Apas dan SK Serudong.

 ??  ?? PELAJAR cemerlang bagi Zon Balung.
PELAJAR cemerlang bagi Zon Balung.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia