Utusan Borneo (Sabah)

PBSMM, ICRC laksana program pendidikan kesihatan penduduk luar bandar

-

PITAS: Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSMM), Pitas dengan kerjasama Internatio­nal Communitee Of The Red Cross (ICRC) menganjurk­an program pendidikan kesihatan kepada penduduk luar bandar.

Setiausaha Kehormat Negeri merangkap Pengerusi Jawatankua­sa Kesihatan dan Khidmat Sosial PBSMM Sabah Elizabeth C. Sikayun berkata, selain memberi pendidikan kesihatan, para peserta turut diberi latihan dan kesedaran tentang langkah-langkah awal pertolonga­n cemas selain mempromosi­kan kesihatan dan kebersihan.

“Para peserta diberi latihan pertolonga­n cemas menggunaka­n bahan-bahan yang terdapat di sekeliling mereka semasa berlakunya kecemasan, dalam kata lain tanpa menggunaka­n peti pertolonga­n cemas.

“Kita turut memberikan taklimat kesedaran berkenaan kebersihan dan langkah-langkah awal mengawal penyakit berjangkit kepada mereka,” ujarnya.

Program Latihan Pertolonga­n Cemas Harmonisas­i berkenaan mendapat sambutan hampir 200 peserta melibatkan penduduk setempat dan pekerja ladang sawit di Kampung Naruntung yang terletak kira-kira 51 KM dari Pekan Pitas.

Elizabeth juga berkata, pasukannya turut mengadakan Promosi Kesihatan dan Kebersihan kepada murid-murid di Sekolah Kebangsaan (SMK) Manggis pada 8 November lalu.

”PBSMM telah diberi kebenaran oleh Jabatan Pendidikan Sabah sejak tahun 2015 untuk mengadakan aktiviti penjagaan kesihatan asas di sekolah-sekolah rendah.

“Program dua hari berkenaan turut melibatkan kerjasama Unit Tabung Darah Hospital Pitas, Klinik Pergigian Pitas dan Klinik Ibu Dan Anak Pitas serta Sukarelawa­n PBSMM Pitas, Kota Belud, Tuaran dan Putatan.

Hadir sama menyertai program berkenaan adalah Pegawai ICRC Kota Kinabalu, Dominic Urban.

 ??  ?? PEGAWAI Perubatan Pergigian Pitas, Dr Phang Khyun Lee (kiri) sedang mengadakan rawatan pergigian kepada salah seorang pesakit.
PEGAWAI Perubatan Pergigian Pitas, Dr Phang Khyun Lee (kiri) sedang mengadakan rawatan pergigian kepada salah seorang pesakit.
 ??  ?? ELIZABETH (berdiri, kanan), Dominic (berdiri, dua dari kanan) bergambar kenangan bersama muridmurid SK Manggis, Mengkubau.
ELIZABETH (berdiri, kanan), Dominic (berdiri, dua dari kanan) bergambar kenangan bersama muridmurid SK Manggis, Mengkubau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia