Ketua Boko Haram akui serangan terhadap tentera

Utusan Borneo (Sabah) - - Global -

KANO: Ketua bagi salah satu dari dua kumpulan cawangan bagi kumpulan pejuang jihad Boko Haram, Abubakar Shekau, mengakui satu siri serangan di timur laut Nigeria dalam satu pesanan video yang diperolehi oleh AFP kelmarin.

Pemimpin batu api itu menyatakan pejuangnya bertanggungjawab bagi satu serangan terhadap pihak tentera pada Isnin di perkampungan Kumshe, berhampiran sempadan Cameroon, dan serangan lain sejak beberapa hari.

“Kami bertanggungjawab bagi serangan seperti yang berlaku di Kumshe, Gulumba, dan beberapa kampung lain di mana serangan telah dilakukan sejak beberapa hari, dengan bantuan Allah,” Shekau menyatakan dalam rakaman selama lapan minit, ucapan awam pertamanya sejak Julai.

Boko Haram telah berpecah kepada dua puak Shekau dan kumpulan Islamic State West Africa Province (ISWAP) pada pertengahan 2016 bagi perbezaan ideologi.

Shekau telah menjanjikan kesetiaan dengan ketua IS Abu Bakr Al-Baghdadi, namun kumpulan Timur Tengah memberikan sokongan rasminya hanya kepada ISWAP.

ISWAP tidak bersetuju dengan penggunaan kekerasan oleh Shekau secara rambang terhadap orang awam dan berjanji hanya untuk menghentam “dengan keras” sasaran tentera atau kerajaan.

Namun hukuman mati baru-baru ini terhadap dua pekerja bantuan awam dan pembunuhan pemimpin de facto ISWAP, Mamman Nur, telah menimbulkan spekulasi mengenai satu pengambilalihan oleh penentang tegar, dan kemungkinan satu penggabungan dengan puak Shekau.

Dalam video baharu, Shekau menunjukkan logo Arab dan bendera hitam ISWAP, yang mana pada Rabu lepas turut mengakui bagi serangan Kumshe.

Video yang sama ditunjukkan oleh kedua-dua puak menunjukkan beberapa berek yang terbakar dan para pejuang mengambil senjata dan peluru, walaupun ia adalah tidak mustahil untuk menentukan lokasinya.

Sekiranya kedua-dua puak itu bergabung, Boko Haram yang menurut Presiden Muhammadu Buhari sebagai “dikalahkan secara teknikal” pada tiga tahun lepas akan sekali lagi memberikan satu cabaran serius kepada pihak tentera.

Keganasantelahmembunuh lebih dari 27,000 orang sejak 2009 dan kira-kira 1.8 juta masih tiada tempat tinggal. Serangan berterusan namun pihak berkuasa mendakwa Boko Haram merupakan sebuah pasukan yang telah digunakan. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.