Mayat kelapan dikeluarkan dari runtuhan bangunan usang di Perancis

Utusan Borneo (Sabah) - - Global -

MARSEILLE: Kelmarin kakitangan penyelamat telah mengeluarkan mayat kelapan dari runtuhan dua bangunan usang yang runtuh di selatan Perancis di bandar Marseille, ketika penduduk telah dipindahkan dan beberapa bangunan berhampiran diperiksa.

Pihak berkuasa berasa bimbang bagi lima penduduk dan tiga pelawat yang berada di dalam salah satu dari bangunan tersebut yang tiba-tiba runtuh pada pagi Isnin di sebuah daerah kelas bekerja hanya beberapa langkah sahaja dari pelabuhan yang sibuk.

Bangunan kedua telah disekat dan ditutup dengan papan disebabkan oleh risiko keselamatan, sementara sebuah bangunan ketiga yang separuh runtuh semasa operasi pencarian pada Isnin lepas.

Beberapa penduduk di Rue d’Aubagne telah dipindahkan ketika para pekerja memeriksa dengan berhati-hati kawasan tersebut, bimbang bahawa lebih banyak bangunan yang kurang stabil akan runtuh.

Pada satu peringkat pemeriksaan telahdihentikanketikaduabangunan lagi berrisiko untuk runtuh dan dikhuatiri menimpa anggota penyelamat telah dirobohkan dengan langkah keselamatan.

Pemindahan diteruskan kelmarin semasa anggota bomba memperluaskan pemeriksaan mereka ke beberapa bangunan berhampiran di kejiranan Noailles, di mana penduduk menyatakan aduan mereka mengenai perumahan yang tidak selamat dan tidak bersih telah tidak diendahkan selama beberapa tahun.

Pada malam Khamis, pihak perbandaran telah menempatkan 236 orang di beberapa hotel selepas mereka diarahkan untuk meninggalkan rumah mereka, menurut seorang jurucakap dewan perbandaran.

Penduduk yang berang dan penyokong perumahan merancang untuk melakukan satu perarakan secara senyap pada tengah hari semalam, menuduh pihak bandar sebagaitidakmengendahkanamaran mereka mengenai retakan yang membimbangkan pada bangunan mereka dan beberapa risiko lain.

Namun Datuk Bandar JeanClaude Gaudin Friday sekali lagi menolak dakwaan pentadbirannya telah mengabaikan aduan penduduk, menyatakan bandar telah terlibat dalam projek pembaharuan perumahan sejak bertahun-tahun.

“Pada hari ini, berdepan dengan bencana sebegini, semua orang inginkan seorang yang hendak dipersalahkan,” beliau memberitahu satu sidang media. “secara semulajadinya, seorang datuk bandar selalunya akan dipertanggungjawabkan bagi segala-galanya.” — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.