Utusan Borneo (Sabah)

‘Satu pun tak dapat diselamatk­an’: Pengetua SMK Medamit

-

LIMBANG: “Semua musnah, satupuntak­dapatdisel­amatkan,” demikan luahan menyayat hati Pengetua SMK Medamit Raja Manikam selepas empat pejabat di tingkat satu bangunan pentadbira­n sekolah itu ranap dalam kebakaran tengah malam Khamis.

Beliau berkata, kebakaran berlaku selepas gangguan elektrik pulih sekitar jam 12.28 tengah malam.

Jelasnya, percikan api disedari pengawal keselamata­n dan dipercayai berpunca daripada wayar pada bahagian tiang pejabat kaunseling sebelum merebak ke bilik penyelia kanan yang menempatka­n suis utama.

Katanya, pengawal keselamata­n pada awalnya berusaha memadam api dengan menggunaka­nduatongpe­madam api, namun tidak berjaya kerana api merebak dengan cepat.

“Semua barangan dan peralatan sekolah tidak dapat diselamatk­an.

“Malah ada peralatan sekolah yang baharu dibeli turut musnah sekelip mata,” katanya kepada Utusan Borneo semalam.

Raja Manikam berkata, antara barangan yang musnah ialah barangan elektrik, peralatan komputer, meja dan kerusi serta dokumen berharga milik sekolah.

Bagaimanap­un katanya, persiapan peperiksaa­n Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang bakal diduduki 92 pelajar pada Selasa depan tidak terjejas.

“Musibah ini memberikan kekuatan dan hikmah terbesar buat para guru dan 594 pelajar.

“Walaupun SPM akan berlangsun­g Selasa depan, para pelajar menganggap­nya sebagai kekuatan untuk memperoleh­i keputusan cemerlang,” katanya lagi.

Beliau berharap semua pihak termasuk Kementeria­n Pendidikan akan tampil menghulurk­an bantuan untuk sekolah itu meneruskan pembelajar­an.

Katanya, Ahli Parlimen Limbang Hasbi Habibollah juga berada di lokasi semalam untuk mengetenga­hkan insiden itu kepada kementeria­n bagi tindakan susulan dengan segera.

Selain itu, Raja Manikam berharap agar projek pelaksanaa­n kemudahan bekalan air luar bandar dapat dipercepat di kawasan tersebut demi keselesaan dan keperluan warga sekitarnya.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Limbang Tawang Lingem berkata, pihaknya berdepan kesukaran untuk mendapatka­n bekalan air bagi memadam kebakaran.

“Anggota terpaksa bergantung kepada kolam air SMK Medamit yang kering dan menggunaka­n kolam ikan di kawasan Kampung Tanjung untuk mendapatka­n bekalan air,” ujarnya lagi.

Katanya,pihaknyabe­rhempas pulas selama lima jam sebelum api berjaya dipadamkan sepenuhnya jam 5.16 pagi.

Kebakaran itu jelasnya, tidak melibatkan kecederaan mangsa.

 ??  ?? TANGKAP layar menunjukka­n api meranapkan tingkat satu bangunan pentadbira­n SMK Medamit malam Khamis.
TANGKAP layar menunjukka­n api meranapkan tingkat satu bangunan pentadbira­n SMK Medamit malam Khamis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia