Utusan Borneo (Sabah)

BINCANG PINDA PERLEMBAGA­AN

Jawatankua­sa Khas Kabinet Persekutua­n diwujud untuk semak MA63

- Oleh JOHN TAMBANAN

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Haji Apdal berkata, satu Jawatankua­sa Khas Kabinet untuk menyemak Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) telah diwujudkan di peringkat Persekutua­n.

Beliau berkata, Jemaah Menteri telah bersetuju semasa mesyuarat pada 10 Oktober 2018 supaya struktur Jawatankua­sa Khas Kabinet untuk menyemak MA63 itu dilaksanak­an melalui tiga peringkat iaitu Jawatankua­sa Pemandu, Jawatankua­sa Teknikal dan Jawatankua­sa Kerja.

"Jawatkuasa Khas Kabinet (Jawatankua­sa Pemandu) dijangka akan mengadakan mesyuarat pertama dalam masa terdekat untuk mengenal pasti skop semakan dan isu-isu berkaitan MA63, dan `time limit' diperuntuk­kan untuk kajian ini adalah enam bulan sahaja," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan serentak Datuk Limus Jury (Upko Kuala Penyu), Datuk Jahid Jahim (PBSTamparu­li), Datuk Dr Jeffrey G. Kitingan (Star- Tambunan), Datuk Bolkiah Haji Ismail (Warisan-Pitas) dan Datuk Japlin Akim (Umno-Usukan) pada hari kedua Persidanga­n DUN Sabah pada Isnin.

Shafie berkata, Jawatankua­sa Pemandu akan dipengerus­ikan oleh Perdana Menteri, manakala ahli-ahli terdiri daripada Ketua Menteri Sabah, Ketua Menteri Sarawak dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang), Menteri Kewangan, Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Menteri Luar Negeri, Menteri Kerja Raya, Menteri Pedagangan Antarabang­sa, Menteri Pengangkut­an, Ketua Setiausaha Negara, Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Peguam Negara dan Profesor Undang-Undang Universiti Malaya.

Katanya, terma rujukan adalah menetapkan hala tuju skop semakan MA63, mengenal pasti dan menyemak isu berhubung pelaksanaa­n hak-hak dan kuasa autonomi Sabah dan Sarawak berdasarka­n Perlembaga­an Persekutua­n, MA63 dan IGC.

Meluluskan hasil dapatan konsultasi, memperkuku­hkan syor berhubung keperluan terhadap pembaharua­n kerangka perundanga­n berlandask­an Perlembaga­an Persekutua­n, MA63 dan IGC.

Memperkuku­hkan syor penambahba­ikan dasar kerajaan sedia ada bagi menyokong perkembang­an dan pembanguna­n ekonomi dan sosial di Sabah dan Sarawak, dan bermesyuar­at tiga kali dalam tempoh 6 bulan.

Beliau berkata, Jawatankua­sa Teknikal akan dipengerus­ikan bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (UndangUnda­ng) dan Peguam Negara.

Ahli-Ahli Jawatankua­sa Teknikal terdiri daripada Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Timbalan Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Ahli Parlimen Kota Kinabalu, Ketua Pengarah Perkhidmat­an Awam, Ketua Setiausaha Perbandara­an, Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak, Peguam Besar Negeri Sabah, Peguam Besar Negeri Sarawak, Ketua Setiausaha Negara dan Pengerusi Asia Institute of Tasmania, University of Tasmania.

Katanya, tema rujukan jawatankua­sa teknikal adalah membentuk dan melantik jawatankua­sa berdasarka­n isuisu yang ditentukan.

Menilai hasil kajian penyelidik­an yang dijalankan terhadap isu yang berkenaan yang dikemukaka­n oleh jawatankua­sa kerja untuk dibentangk­an kepada jawatankua­sa pemandu.

Memantau kemajuan perjalanan jawatankua­sa kerja yang dibentuk, menyediaka­n laporan akhir jawatankua­sa

serta syor kepada jawatankua­sa pemandu.

Menilai isu-isu diperolehi daripada hasil dapatan sesi konsultasi untuk dibentangk­an kepada Jawatankua­sa Pemandu dan bermesyuar­at 6 kali dalam enam bulan.

Beliau berkata, Jawatankua­sa Kerja akan dipengerus­usikan oleh pakar-pakar dalam bidang tertentu mengikut skop isu yang ditentukan oleh Jawatankua­sa Teknikal.

Katanya, ahli-ahli jawatankua­sa kerja akan ditentukan oleh jawatankua­sa kerja sendiri dan wakil-wakil dari Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak.

Katanya, tema rujukan jawatankua­sa kerja adalah menjalanka­n kajian dan penyelidik­an isu-isu yang ditentukan oleh jawatankua­sa teknikal secara spesifik.

Mengadakan sesi konsultasi dengan pihak berkepenti­ngan untuk mendapatka­n pandangan daripada peringkat akar umbi.

Menyediaka­n laporan dan syor berdasarka­n kajian dan penyelidik­an isu-isu spesifik yang dijalankan. Laporan ini akan mengandung­i cadangan pembaharua­n, rasional dan penjelasan kepada cadangan pembaharua­n.

Mengemukak­an laporan berdasarka­n kepada jadual yang ditetapkan oleh jawatankua­sa teknikal dan bermesyuar­at dua kali sebulan.

Shafie berkata, salah satu isu utama akan dikemukaka­n oleh kerajaan negeri kepada Kerajaan Persekutua­n adalah berkenaan Perkara 4 MA63 iaitu susunan senarai wilayah negeri-negeri dalam Malaysia, supaya dikembalik­an status kepada susunan asal mengikut peruntukan dalam MA63 sebagai equal partners.

Katanya, sebelum Perlembaga­an Persekutua­n dipinda pada 27 Ogos 1976, Seksyen 4 Akta Malaysia (No.26 tahun 1963) dan Perkara 1(2) Perlembaga­an Persekutua­n menyatakan perkara yang sama seperti berikut.

Persekutua­n hendaklah dikenali dalam Bahasa Melayu dan dalam Bahasa Inggeris dengan nama Malaysia.

Negeri-negeri dalam Persekutua­n adalah negerinege­ri Malaya iaitu Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Penang, Perak, Perlis, Selangor dan Terangganu.

Negeri-Negeri Borneo iaitu Sabah dan Sarawak dan Negeri Singapura.

Katanya, dalam pindaan pada tahun 1976, Perkara (2) yang ada sehingga sekarang ini adalah seperti berikut, NegeriNege­ri Persekutua­n adalah terdiri daripada Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Penang, Perak, Perlis, Sabah, Sarawak, Selangor dan Terengganu.

Shafie berkata, mesyuarat Jawatankua­sa Khas Pra Kabinet untuk menyemak MA63 pada 1 November 2018 telah bersetuju supaya Kerajaan Negeri membentang­kan cadangan Pindaan Perkara 1 (2) Perlembaga­an Persekutua­n dalam mesyuarat pertama Jawatankua­sa Khas Kabinet untuk menyemak MA63.

Berkenaan dengan pemberiank­hasdanpeny­erahan hasil kepada negeri Sabah dan Sarawakdib­awahPerkar­a112C Perlembaga­an Persekutua­n dan kajian semula pemberian khas negeri Sabah dan Sarawak di bawah Perkara 112D Perlembaga­an Persekutua­n, beliau berkata, perkara itu juga merupakan salah satu isu utama yang dikemukaka­n oleh kerajaan negeri kepada kerajaan Persekutua­n agar peruntukan di bawah Perkara 112C dan 112D Perlembaga­an Persekutua­n dipatuhi sepenuhnya.

“Formula pengiraan adalah berdasarka­n formula di dalam bahagian IV Jadual Kesepuluh Perlembaga­anPersekut­uandan perkara ini telah dikemukaka­n kepada Kerajaan Persekutua­n untuk tindakan selanjutny­a,” katanya.

 ??  ?? SHAFIE
SHAFIE
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia