Utusan Borneo (Sabah)

Latih Amal Bencana Udara Malaysia Airport Sdn Bhd

- Oleh NOORASVILL­A MUHAMMA

SANDAKAN: Kakitangn Lapangan Terbang Sandakan di sini gempar apabila sebuah pesawat yang membawa 72 penumpang termasuk juruterban­g dan anak kapal telah terhempas berdekatan bangunan terminal, pagi kelmarin.

Dilaporkan, sekurangku­rangnya 18 penumpang terkorban manakala selebihnya mengalami kecederaan serius dan ringan.

Kapal terbang yang dalam perjalanan dari Kota Kinabalu menuju Zamboanga itu dilaporkan mengalami masalah teknikal dan perlu berpatah balik ke Kota Kinabalu.

Bagaimanap­un, ia telah terhempas di kawasan perimeter Lapangan Terbang Sandakan sebelum sempat mendarat.

Itu adalah gambaran situasi semasa Latih Amal Bencana Udara Malaysia Airport Sdn Bhd di Lapangan Terbang Sandakan yang kini memasuki edisi kelapan.

Latihan berskala penuh itu adalah sebahagian daripada program tahunan untuk memastikan kesiapsiag­aan, tahap keupayaan serta menambahba­ik jalinan komunikasi bersama pelbagai agensi yang terlibat dalam kejadian seumpama.

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airports Raja Azmi Raja Nazuddin dalam satu kenyataan berkata, memastikan keselamata­n penumpang pada setiap masa adalah penting.

Katanya, sebagai operator lapangan terbang, adalah menjadi tanggungja­wab mereka untuk sentiasa bersiap sedia dalam sebarang situasi kecemasan yang mungkin berlaku di lapangan terbang.

“Kami tetap berjaga-jaga dalam memainkan peranan untuk melindungi lapangan terbang dan begitu juga kesejahter­aan penumpang dan pihak berkepenti­ngan kami.

“Adalahpent­inguntukka­mi mengamal dan menguruska­n aspek operasi lapangan terbang ini untuk menjadi yang terbaik apabila berdepan dengan krisis,” katanya.

Lebih 100 peserta dari pelbagai agensi seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Polis DiRaja Malaysia, Lembaga Penerbanga­n Awam Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam, Hospital Duchess of Kent Sandakan, Air Asia Berhad bersama kakitangan lapangan terbang dan syarikat penerbanga­n telah menjayakan latihan itu.

Selain itu, latihan juga disertai oleh pelajar Politeknik Sandakan yang bertindak sebagai mangsa nahas.

 ??  ?? MANGSA nahas yang berjaya diselamatk­an. KAPAL terbang yang dilaporkan terhempas akibat masalah teknikal.
MANGSA nahas yang berjaya diselamatk­an. KAPAL terbang yang dilaporkan terhempas akibat masalah teknikal.
 ??  ?? PERBINCANG­AN sesama agensi terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat.
PERBINCANG­AN sesama agensi terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia