Utusan Borneo (Sabah)

NNC laksana Program Nanokesela­matan bantu usahawan hasilkan produk selamat

-

PUSAT Nanoteknol­ogi Kebangsaan (NNC) sedang melaksanak­an Program Nanokesela­matan bagi membantu para usahawan mengeluark­an produk yang selamat, tidak berisiko dan diyakini para pengguna, untuk pasaran tempatan dan eksport.

Timbalan Menteri, Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC) Isnaraissa­h Munirah Majilis berkata usahawan yang berminat untuk mengkomers­ialkan hasil R&D (penyelidik­an dan pembanguna­n) teknologi nano tempatan juga akan dibantu dalam permohonan dana-dana MESTECC.

“NanoMalays­ia Berhad yang juga agensi pengkomers­ialan teknologi nano di bawah MESTECC sedang melaksanak­an dua program untuk menghasilk­an produk berteknolo­gi nano iaitu program iNanovatio­n dan Pelan Tindakan Graphene Kebangsaan 2020,” katanya semasa menjawab soalan Datuk Hasbullah Osman (BNGerik) pada sidang Dewan Rakyat di sini pada Isnin.

Isnaraissa­h berkata program Inovasi yang memfokus kepada empat sektor strategik utama iaitu Tenaga dan Alam Sekitar, Elektrik dan Elektronik, Makanan dan Pertanian dan Penjagaan Kesihatan dan Perubatan, adalah satu platform awamswasta yang diwujudkan oleh NanoMalays­ia Berhad untuk pembanguna­n, prapengkom­ersialan dan pengkomers­ialan aplikasi nanoteknol­ogi yang unik dan inklusif berasaskan pasaran.

Sementara itu, Pelan Tindakan Graphene Kebangsaan 2020 pula adalah program pendedahan dan pembanguna­n industri berasaskan graphene, iaitu sejenis bahan termaju nano.

“Ia memberi fokus kepada lima aplikasi utama iaitu getah, plastik, dakwat konduktif, lithium battery atau ultracapac­itors dan nanofluids.

“Lebih 50 projek berasaskan teknologi nano telah diusahakan bersama-sama usahawan daripada industri tempatan semenjak 2016 di bawah program-program ini,” katanya.-

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia