Utusan Borneo (Sabah)

Pemimpin dan anggota PKR diminta hormati kebebasan media dan wartawan

-

KUCHING: Para pemimpin dan anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) dinasihati supaya menghormat­i kebebasan wartawan dan media.

Ketua Bahagian KeADILan Betong Vernon Kedit berkata, paling tidak para wartawan hendaklah dilayan dengan hormat dan sopan.

Vernon mengulas kejadian yang berlaku pada pemilihan parti PKR di Hotel Paramount, Sibu semalam, di mana seorang wartawan DayakDaily, Nancy Nais, mendakwa dikasari anggota “pengawas” pemilihan di pusat pemilihan itu ketika beliau sedang mengambil gambar dan video.

Nancy mendakwa seorang lelaki berbaju merah dan memakai tag bertulis “pengawas” tiba-tiga mencekak lengan kanannya dan menolaknya keluar dari bilik itu ke arah lif hotel.

Nancy bekata beliau telah membuat satu laporan polis semalam di pusat sehenti Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching di sini.

“Bagi pihak parti, saya memohon maaf kepada Nancy Nais terhadap kejadian yang menimpa beliau dan saya ingin memberitah­u beliau bahawa parti tidak merestui perbuatan seumpama itu,” kata Vernon kepada pemberita.

Beliau berkata individu terlibat juga perlu memohon maaf kepada Nancy dan mengeluark­an kenyataan mengenai kenapa dia bertindak sedemikian.

“Sudah tentu ia satu perbuatan salah dan tidak sepatutnya dilakukan,” katanya dan menggesa rakanrakan dalam PKR supaya menghormat­i kebebasan akhbar dan media dan melayan pihak media secara hormat.

Sementara itu, Pengerusi PKR Sarawak Baru Bian dalam jawapan menerusi aplikasi WhatsApp pada Ahad menasihati Nancy supaya membuat laporan polis berhubung kejadian itu, sambil menambah PKR tidak melindungi perbuatan seumpama itu.- Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia