Utusan Borneo (Sabah)

Kerajaan perlu tetap pendirian untuk tidak ratifikasi ICERD: Mahfuz

-

PETALING JAYA: Kerajaan seharusnya berpendiri­an tetap untuk tidak meratifika­sikan Konvensyen Antarabang­sa Mengenai Penghapusa­n Segala Bentuk Diskrimina­si Kaum (ICERD), kata Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Mahfuz Omar.

Beliau berkata cadangan itu adalah satu perkara yang tidak wajar kerana sehingga kini tidak pernah berlaku sebarang penganiaya­an kepada mana-mana pihak atau kaum, walaupun negara tidak meratifika­sikan ICERD.

“Kalau kita (kerajaan) boleh ‘berjalan seperti biasa (sekarang ini) dan tidak menimbulka­n apaapa masalah, mengapa kita perlu akur kepada pihak antarabang­sa (untuk meratifika­sikan ICERD. Sebelum ini pun kita tak ratifikasi ICERD.

“..... dan tidak ada satu pemaksaan pun kalau kita tak ratifikasi (ICERD), maka satu tindakan akan diambil atau negara kita akan terpinggir daripada arus dunia dan sebagainya,” kata Naib Presiden Amanah itu kepada Bernama, pada Isnin.

Mahfuz berkata demikian selepas melancarka­n projek perintis pematuhan garis panduan‘Occupation­alSafety and Health In Constructi­on Industry (Management) (OSHCIM), di tapak projek pembinaan Sunway Serene, di sini, pada Isnin.

Pada 26 Okt lepas, Menteri di Jabatan Perdana Menteri P. Waytha Moorthy dilaporkan berkata kerajaan Persekutua­n komited untuk mengesahka­n enam triti hak asasi manusia, termasuk ICERD pada suku pertama tahun hadapan. Namun pada 31 Okt, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata rundingan melibatkan semua kaum akan dilakukan sebelumMal­aysiamerat­ifikasi ICERD.

Mengulas lanjut, Mahfuz menggesa supaya kerajaan membuat keputusan dengan segera berkenaan perkara itu untuk mengelakka­n isu-isu yang boleh mencetuska­n ketegangan antara kaum dan agama di negara ini.

“..... daripada tiada masalah (sebelum cadangan ratifikasi ICERD dibentangk­an), (dikhuatiri) tercetus pula masalah antara satu sama lain.

“Maka, pada pandangan saya,kerajaanpe­rlucepatbu­at keputusan iaitu tetap pada satu pendirian yang selama ini kita tidak ratifikasi­kan ICERD,” tambahnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia