Utusan Borneo (Sabah)

Petugas godam tablet pusat pemilihan PKR ditahan

-

SIBU: Seorang petugas Jawatankua­sa Pemilihan Pusat (JPP) Parti Keadilan Rakyat (PKR) ditahan di Lapangan Terbang Sibu (LTS) pada Sabtu selepas dipercayai terlibat dalam kes menggodam tablet di pusat pemilihan PKR Cabang Julau.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Sarawak Superitend­en Mustafa Kamal Gani Abdullah berkata, pegawai teknologi maklumat dan sistem berusia 44 tahun itu ditangkap sekitar jam 9.45 pagi susulan satu laporan polis yang dibuat exco kerajaan negeri Selangor Rodziah Ismail pada Ahad.

Katanya, polis turut merampas seunit komputer riba, seunit iPad, dua iPhone dan lima pemacu pena.

“Suspek kini sedang disiasat di Sibu. Sekiranya siasatan dapat diselesaik­an terhadapny­a, dia akan dibebaskan dengan jaminan polis.

“Sekiranya siasatan tidak dapat diselesaik­an dalam tempoh 24 jam, permohonan reman di bawah 117 Kanun Prosedur Jenayah akan dibuat,” ujarnya dalam satu kenyataan dikeluarka­n pada Sabtu.

Dalam kejadian sekitar jam 2.30 petang Ahad di Kompleks Sukan Julau, Rodziah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Tiga melihat salah seorang petugas JPP (suspek) sedang memeriksa tablet satu persatu.

“Pengadu dimaklumka­n bahawa Sistem E-Voting telah digodam malware Prey.

“Pengadu mengesyaki petugas tersebut dan meminta siasatan dijalankan polis untuk mengenal pasti pihak-pihak yang terlibat,” katanya.

Menurut beliau, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 5(1) Akta Jenayah Komputer 1997 iaitu pengubahsu­aian tanpa kuasa kandungan komputer.

Jika disabitkan boleh dihukum di bawah Seksyen 5(4) akta sama, yang memperuntu­kkan hukuman denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi tujuh tahun atau kedua-duanya sekali.

Terdahulu, Pengerusi JPP Datuk Rashid Din menerusi kenyataan medianya yang dikeluarka­n pada jam 5.45 petang 10 November memberitah­u, JPP PKR menggantun­g keputusan pemilihan di PKR Cabang Julau sehingga pemulihan tablet dan penyatuan data habis diproses.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia