Utusan Borneo (Sabah)

Sabda dapat sambutan menggalakk­an

Berjaya wujudkan 15 wilayah dalam tempoh lebih sebulan

- Oleh YUSOP TEPPO

SANDAKAN: Pertubuhan Pembanguna­n Bumiputera Sabah (Sabda) kini telah berjaya mewujudkan 15 wilayah seluruh Sabah dengan keahlian 360 orang sejak ditubuhkan bulan lepas.

Presiden Sabda, Maslan Maginda berkata di peringkat daerah juga sudah mempunyai lebih kurang 20 daerah diwujudkan dan penyertaan begitu memberangs­angkan dengan keahlian 360 orang dalam tempoh masa satu bulan setengah.

Beliau berkata demikian kepada Utusan Borneo selepas Program Taklimat Keusahawan­an Sabda Global Wilayah Sandakan di Dewan Mesyuarat Asrama Kompleks Sukan Sandakan, petang Ahad.

Maslan berkata usaha menambah keahlian Sabda sedang giat dilaksanak­an di peringkat perhubunga­nperhubung­an wilayah.

“Sekarang ini, cara Sabda menambah keahlian iaitu kami mempromosi melalui Whatsapp, melalui perhubunga­n-perhubunga­n wilayah yang kita sudah lantik daripada kawan mereka supaya mereka yang di luar sana dapat melihat dan mengetahui tentang Sabda dan seterusnya menjadi ahli.

“Dan begitu juga dengan pelantikan setiap pegawaipeg­awai perhubunga­n kampung,daerah,kitadaripa­da pusat akan melihat mana-mana ahli yang berpotensi dan juga yang menyahut cabaran menerima tugas itu... kita akan lantik mereka sebagai pegawaipeg­awai perhubunga­n kampung, wilayah dan daerah,”jelasnya.

Beliau Sabda kini membuka peluang perniagaan kepada ahli-ahli bagi membuka perniagaan kepada ahli yang berminat. “DalamSabda,kitamempun­yai program untuk berniaga dimana kita kembangkan kepada masyarakat. Daripada pusat kepada ahli-ahlinya, daripadape­rniagaanin­idimana Sabda mempunyai keyakinan kehidupan masyarakat luar bandar akan lebih maju, lebih mantap dan mempunyai ekonomi yang lebih baik berbanding sekarang ini,” katanya.

Beliau berkata harapan Sabda kepada semua ahli-ahli Sabda yang sudah menjadi ahli agar akan mendapat membuka perniagaan mereka sendiri untuk meningkatk­an taraf kehidupan masing-masing. Pada program taklimat itu, Maslan turut menerangka­n mengenai Sabda yang menggunaka­n tradisi kaum entik Sabah iaitu Mirukut iaitu tradisi berkongsi yang selalu dilakukan apabila berlaku sesuatu upacara perkhawina­n, keramaian atau kematian atau perbelanja­an acara bagi meringanka­n beban kewangan atau keperluan bagi mereka yang tidak berkemampu­an.

Padamajlis­itu,jawatankua­sa Sabda Wilayah Sandakan menerima sijil watikah perlantika­n mereka yang diketuai oleh Pengerusi Sabda Wilayah Sandakan, Norzita.

“Sekarang ini, cara Sabda menambah keahlian iaitu kami mempromosi melalui Whatsapp, melalui perhubunga­nperhubung­an wilayah yang kita sudah lantik daripada kawan mereka supaya mereka yang di luar sana dapat melihat dan ” mengetahui tentang Sabda dan seterusnya menjadi ahli. MASLAN MAGINDA Presiden Sabda

 ??  ?? (Gambar atas) MASLAN bersama Norzita serta ajk dan ahli-ahli Sabda Wilayah Sandakan bergambar bersama Maslan dan jawatankua­sa Pusat Sabda.
(Gambar kanan) MASLAN menyampaik­an kutipan tabung Sabda Wilayah Sandakan yang pertama kepada salah seorang penerima, sambil diperhatik­an oleh Norzita (kanan).
(Gambar atas) MASLAN bersama Norzita serta ajk dan ahli-ahli Sabda Wilayah Sandakan bergambar bersama Maslan dan jawatankua­sa Pusat Sabda. (Gambar kanan) MASLAN menyampaik­an kutipan tabung Sabda Wilayah Sandakan yang pertama kepada salah seorang penerima, sambil diperhatik­an oleh Norzita (kanan).
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia