Utusan Borneo (Sabah)

Dr Mahathir ketua delegasi Malaysia ke sidang kemuncak ASEAN ke-33

-

SINGAPURA: Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, akan mengetuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak ASEAN ke-33 dan Sidang Kemuncak Berkaitan pada 13-15 November.

Perdana Menteri akan diiringi oleh Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali; Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah; Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali serta Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri (MITI), Datuk Ignatius Darell Leiking.

Pegawai dari Jabatan Perdana Menteri juga Wisma Putra dan MITI akan turut hadir.

TemabagiSi­dangKemunc­ak yang dipengerus­ikan oleh Singapura itu adalah, ‘Daya Tahan dan Inovasi ASEAN’ (Resilient and Innovative ASEAN).

Ia merangkum visi untuk ASEAN bersatu di tengahteng­ah meningkatn­ya ketidakpas­tian dalam landskap strategi global, demikian menurut Wisma Putra dalam satu kenyataan, di sini.

Dr Mahathir tiba di Singapura pada jam 8.40 pagi semalam untuk lawatan rasmi menjelang Sidang Kemuncak itu.

Sidang Kemuncak itu juga memberikan pemimpin berkenaan peluang bertukar pandanganm­engenaiara­hmasa depan ASEAN dan kaedah hubungan luarnya selain membincang­kan isu penting serantau dan antarabang­sa, kata kenyataan itu.

Perdana Menteri bersama pemimpin ASEAN lain juga akan terbabit dalam Sidang Kemuncak ASEAN Campur Tiga, Sidang Kemuncak Asia Timur serta Sidang Kemuncak ASEAN Campur Satu dengan Australia, China, India, Jepun, Korea Selatan, Rusia dan Amerika Syarikat.

Beliau juga dijangka menyampaik­anucaptama­pada Sidang Kemuncak Perniagaan dan Pelaburan ASEAN 2018 (ABIS) di Marina Bay Sands.

Acara ini akan memberi fokus dalam menilai semula dan mengenal pasti isu untuk menangani dan mempromosi­kan kerjasama serta integrasi.

Sementara itu, Dr Mahathir juga dijadualka­n menghadiri Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Komprehens­if (RCEP) Kedua.

Pemimpin berkenaan dijangka mengeluark­an kenyataan bersama berhubung rundingan RCEP dan mengambil perhatian laporan oleh Menteri RCEP kepada mereka.

Dr Mahathir dijangka mengadakan beberapa perbincang­an dua hala dengan rakan sejawatan daripada negara anggota ASEAN dan negara rakan dialog di luar Sidang Kemuncak berkenaan.

 ??  ?? TUN Dr Mahathir (kiri) bersalaman bersama Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong (kanan) pada Mesyuarat Dua Hala pada lawatan rasminya ke Singapura di The Istana pada Isnin. — Gambar Bernama
TUN Dr Mahathir (kiri) bersalaman bersama Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong (kanan) pada Mesyuarat Dua Hala pada lawatan rasminya ke Singapura di The Istana pada Isnin. — Gambar Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia