Utusan Borneo (Sabah)

Sumbangan wang mencurah-curah untuk ‘lelaki troli’

-

MELBOURNE: Semakin banyak sumbangan yang muncul semalam untuk seorang lelaki gelandanga­n digelar sebagai “lelaki troli” selepas beliau menggunaka­n sebuah troli beli-belah untuk cuba menghalang serangan berbahaya oleh seorang pelaku pada minggu lepas di Melbourne.

Kempen dalam talian GoFundMe telah ditubuhkan bagi membantu Michael Rogers selepas satu rakaman video menunjukka­n usaha beliau untuk menghentik­an serangan pada Jumaat lepas ditularkan mencapai lebih AU$100,000 semalam, lebih dua kali ganda daripada sasaran sebanyak AU$45,000.

Sehingga awal pagi semalam, sejumlah AU$104,790 telah disumbangk­an kepada dana oleh lebih 3,700 orang.

“Saya berasa takut untuk diri saya sendiri,” Rogers memberitah­u Channel Seven selepas insiden itu, di mana Hassan Khalif Shire Ali melakukan amukan sambil menetak di tengah Melbourne, membunuh seorang lelaki dan mencederak­an dua yang lain sebelum dia ditembak mati oleh polis.

Rakaman video oleh orang yang lalu-lalang menunjukka­n Rogers beberapa kali menolak sebuah troli beli-belah ke arah Ali ketika dia mengacu-acukan pisaunya ke arah dua anggota polis yang cuba untuk menahannya.

“Saya melihat troli itu di tepi, maka saya mengambiln­ya dan saya berlari serta menolak troli itu menuju ke arah dia,” jelas Rogers. “Saya melakukan tindakan tersebut... beberapa kali, namun ia langsung tidak menjatuhka­n dia.”

Rogers menegaskan beliau “bukannya seorang wira, namun saya berasa bahawa saya mungkin dapat menyelamat­kan beberapa nyawa.”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia