Utusan Borneo (Sabah)

Choong Hann mulakan tugas Khamis inin

Akan lapor diri di BAM Khamis ini

-

KUALA LUMPUR: Pengarah Kejurulati­han Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Wong Choong Hann akan memulakan tugasnya pada Khamis ini bagi persiapan awal dalam merangka program atlet badminton ke Sukan Olimpik 2020.

Presiden BAM, Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria berkata Choong Hann yang sepatutnya memulakan tugasnya di BAM pada Januari tahun depan menunjukka­n komitmen tinggi dalam persiapan atlet ke Sukan Olimpik Tokyo 2020.

“Beliau bersetuju memulakan tugasnya pada Khamis ini (15 Nov), saya rasa lebih cepat beliau memulakan tugas lebih baik supaya dia boleh berbincang dengan semua jurulatih mengenai program ” kejurulati­han. DATUK SERI MOHAMAD NORZA ZAKARIA Presiden BAM

“Beliau bersetuju memulakan tugasnya pada Khamis ini (15 Nov), saya rasa lebih cepat beliau memulakan tugas lebih baik supaya dia boleh berbincang dengan semua jurulatih mengenai program kejurulati­han.

“BAM juga perlu membentang­kan perancanga­n program Road to Olympic 2020 kepada Majlis Sukan Negara (MSN) iaitu bersesuaia­n dengan bajet dan penstruktu­ran semula Program Podium yang telah diumumkan baru-baru ini,” katanya kepada Bernama ketika ditemui di Stadium Juara, Bukit Kiara di sini.

Objektif utama pelatikan Choong Hann yang diumumkan pada bulan lepas adalah merealisas­ikan matlamat memenangi pingat emas pada Olimpik Tokyo 2020.

Choong Hann bukanlah nama asing dalam badminton tanah air, beliau adalah antara pemain negara yang berjaya di pentas antarabang­sa dengan pernah memegang status sebagai pemain nombor satu dunia.

Beliau juga pemain perseorang­an lelaki pertama yang meraih pingat pada Kejohanan Dunia selain membantu skuad negara muncul naib juara dua kali pada saingan Piala Thomas 1998 dan 2002. Bernama

 ??  ??
 ?? -Gambar Bernama ?? TIMBALAN Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bergambar bersama sebahagian peserta ketika menghadiri Program Tanggungja­wab Sosial Korporat (CSR) Astro Junior Championsh­ips U15 (Peringkat Serantau) di Stadium Juara hari ini. Turut hadir Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria.
-Gambar Bernama TIMBALAN Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bergambar bersama sebahagian peserta ketika menghadiri Program Tanggungja­wab Sosial Korporat (CSR) Astro Junior Championsh­ips U15 (Peringkat Serantau) di Stadium Juara hari ini. Turut hadir Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia