Utusan Borneo (Sabah)

Hobi menjana pendapatan

Norhana tanam, menghias bunga kerana minat dan dapat permintaan

-

MENANAM

dan menghias bunga bukanlah sekadar hobi untuk mengisi masa terluang, namun ia boleh membuahkan hasil sekiranya dilakukan dengan penuh minat dan kesungguha­n.

Itulah yang dilakukan oleh Norhana Pamaran, 36, yang menjadikan aktiviti berkenaan sebagai sumber pendapatan­nya sejak enam tahun yang lalu.

Beliau mula menjual pokok bunga pada tahun 2012, bagaimanap­un bertukar kepada tanaman jenis landskap menggunaka­n kaktus pada tahun lalu dan kini mulai mempopular­kan Kokedama (Japanese Moss Ball) kepada masyarakat Sandakan terutama yang gemar menghias rumah dengan tanaman.

“Sebelum ini saya aktif dalam menghasilk­an kraf menggunaka­n manik. Kemudian, saya cuba menggabung­kan kreativiti untuk menghias tanaman dengan manik. Saya muat naik gambar dalam laman

Facebook, dan mulai mendapat permintaan.

“Selepas itu, saya mempelbaga­ikan lagi tanaman menggunaka­n kaktus kerana lebih mudah dijaga serta jimat ruang. Ia lebih sesuai untuk mereka yang tinggal di rumah jenis pangsapuri. Selain itu, tanaman ini tidak perlu disiram setiap hari. Jadi memang sesuai untuk mereka yang kerap bertugas luar daerah.

“Disebabkan ia mudah dijaga dan jimat ruang, tanaman jenis landskap sentiasa mendapat permintaan berbanding semasa saya menjual pokok bunga sebelum ini yang ada pasang surutnya,” katanya ketika ditemui Utusan Borneo baru-baru ini.

Ketika ini, beliau menjual pelbagai jenis tanaman landskap menggunaka­n kaktus, Kokedama serta pokok bunga di Pasar Malam Kim Fung dan Pasar Minggu Sandakan selain aktif menyertai ekspo atau pameran di sekitar daerah ini.

Norhana berkata, hobi menanam bunga dan menghias landskap merupakan salah satu cara untuknya menghilang­kan tekanan dan beliau tidak pernah jemu, malah boleh menghabisk­an masa berjam-jam untuk mendekoras­i tanaman landskap.

“Untuk tanaman landskap ataupun dipanggil sebagai garden pot, saya boleh menyiapkan satu pasu dalam tempoh 35 minit sahaja. Dan, selalunya saya akan memperuntu­k satu atau dua hari dalam seminggu hanya untuk menyiapkan tempahan pelanggan atau tanaman untuk dijual.

“Harga bagi setiap garden pot berbeza mengikut saiz pasu, jenis kaktus atau bunga yang digunakan, jenis pasu serta hiasan tambahan. Harga bermula dari RM68 hingga RM288,” katanya.

Ketika ini, kebanyakan tanaman terutamany­a kaktus sama ada yang berduri atau berdaun yang dijual Norhana adalah diimport dari Thailand, China dan Taiwan kerana lebih banyak pilihan berbanding yang ditemui di negeri ini selain unik dan harganya berbaloi.

Baru-baru ini, beliau juga telah bekerjasam­a dengan Sandakan Garden Club untuk menganjurk­an Bengkel Kokedama yang berlangsun­g di Sejati Walk, Batu 7.

Dengan sambutan yang luar biasa daripada peserta, beliau percaya Kokedama serta tanaman landskap akan terus mendapat tempat di hati masyarakat setempat kerana keunikan, keceriaan serta mudah dijaga dan jimat ruang.

Bagi yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai tanaman landskap, Kokedama ataupun pokok bunga, boleh menghubung­i Norhana melalui laman facebook Norhana Pamaran Alhabshi.

“Sebelum ini saya aktif dalam menghasilk­an kraf menggunaka­n manik. Kemudian, saya cuba menggabung­kan kreativiti untuk menghias tanaman dengan manik. Saya muat naik gambar dalam laman Facebook, dan mulai mendapat permintaan. ”

NORHANA PAMARAN

 ??  ??
 ??  ?? NORHANA yang aktif menjual pelbagai jenis tanaman landskap dan pokok bunga di Pasar Malam Kim Fung.
NORHANA yang aktif menjual pelbagai jenis tanaman landskap dan pokok bunga di Pasar Malam Kim Fung.
 ??  ?? NORHANA (berdiri, kiri) bersama sebahagian peserta yang menyertai Bengkel Kokedama di Sandakan baru-baru ini.
NORHANA (berdiri, kiri) bersama sebahagian peserta yang menyertai Bengkel Kokedama di Sandakan baru-baru ini.
 ??  ?? GABUNGAN menghias Kokedama dengan manik hasil kreativiti Norhana.
GABUNGAN menghias Kokedama dengan manik hasil kreativiti Norhana.
 ??  ?? KOKEDAMAya­ngmulaipop­ulardalamk­alanganpen­ggemar bunga.
KOKEDAMAya­ngmulaipop­ulardalamk­alanganpen­ggemar bunga.
 ??  ?? SALAH satu garden pot yang dihasilkan Norhana.
SALAH satu garden pot yang dihasilkan Norhana.
 ??  ?? PELBAGAI jenis kaktus yang berwarna-warni.
PELBAGAI jenis kaktus yang berwarna-warni.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia