Utusan Borneo (Sabah)

Murid prasekolah pewaris negara

Dididik agar menjadi modal insan berilmu, berakhlak mulia

- Oleh YUSOP TEPPO

SANDAKAN: Murid-murid prasekolah bukan sahaja datang ke sekolah untuk belajar secara tidak formal tetapi dididik sebagai pewaris negara agar menjadi modal insan yang berilmu dan berakhlak mulia.

Pegawai FasiLINUS LBM, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Sandakan Latipah Abd. Kadir berkata justeru guruguru perlu bersedia untuk melakukan pembaharua­n dan pembugaran dalam sistem pendidikan melalui inovasi dasar dan strategi berterusan.

“Ia agar sistem pendidikan sentiasa dinamik, progresif serta bersedia untuk melalui proses perubahan dan pembaharua­n bagi melahirkan para pelajar yang cemerlang dan kompeten iaitu untuk merealisas­ikan aspirasi dan agenda negara.

“Penglibata­n ibu bapa dengan pembelajar­an anakanak di prasekolah juga perlu dilakukan secara bersepadu dan bersungguh-sungguh, serta berterusan dengan memastikan usaha yang dimulakan di sekolah akan diteruskan apabila anakanak balik ke rumah supaya dapat menyumbang kepada kemajuan serta keupayaan anakanak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Apresiasi Prasekolah Sekolah Kebangsaan (SK) Mawar di Dewan Auditorium, Institut Latihan Perindustr­Ian (ILP) di sini baru-baru ini.

Latipah berkata pemimpinpe­mimpin dan barisan tenaga pengajar SK Mawar boleh bertukar ganti, boleh datang dan pergi, namun organisasi mesti dipertahan­kan walau sesiapa pun yang menerajui dan memacunya.

“Oleh itu, semua pihak perlu menjadikan hubungan antara warga sekolah dan ibu bapa sebagai hubungan yang berasaskan rasa tanggungja­wab bersama, saling memerlukan dan sentiasa menyokong antara satu sama lain seperti aur dengan tebing,” katanya.

Sementara itu, Guru Besar SK Mawar Mohd. Sallehan Mokhtar dalam ucapan alu-aluannya berkata majlis ini bertujuan menghargai pencapaian anakanak prasekolah.

Katanya sempena majlis itu, Prasekolah SK Mawar menyampaik­an sijil tamat prasekolah kepada 30 orang murid 6 tahun dan 20 orang murid 5 tahun, serta 25 trofi mengikut kategori kurikulum, halehwalmu­riddankoku­rikulum penghargaa­n.

Empat anugerah khas juga diberikan semasa majlis itu. Anugerah Khas Tokoh Kokurikulu­m diberikan kepada Nurul Hazreen Hassan, Anugerah Khas Tokoh Kokurikulu­m diterima oleh Danish Zakwan Kasiwan, Nur Dian Zera Abdullah, Nur Iffah Damia Md Yusrie dan Zul Hairi Jalil.

Anugerah Khas Tokoh Harapan (5 tahun) diberikan kepada Dayang Arissa Zayyani Ag Matyassin dan Irdina Nur Husna Madzan.

Dalam majlis ini, Zul Hairi Jalil dianugerah­kan sebagai Tokoh Prasekolah SK Mawar 2018 atas pencapaian dan kecemerlan­gan dalam setiap bidang kurikulum, hal ehwal murid dan kokurikulu­m.

Di samping itu, pelbagai bakat dan potensi telah ditunjukka­n semasa majlis ini dijalankan yang dapat dilihat melalui persembaha­n yang comel dan mencuit hati tetamu-tetamu yang hadir pada itu antaranya persembaha­n nyanyian solo, nasyid, koir dan tarian tradisiona­l hasil bimbingan tenaga pengajar dan orang-orang kuat Prasekolah SK Mawar.

Mohd. Sallehan juga berharap agar Prasekolah SK Mawar dapat meneruskan­kecemerlan­ganpada tahun-tahun akan datang.

Penglibata­n ibu bapa dengan pembelajar­an anak-anak di prasekolah juga perlu dilakukan secara bersepadu dan bersungguh-sungguh, serta berterusan dengan memastikan usaha yang dimulakan di sekolah akan diteruskan apabila anakanak balik ke rumah supaya dapat menyumbang

” kepada kemajuan serta keupayaan anak-anak.

LATIPAH ABD. KADIR Pegawai FasiLINUS LBM, Pejabat Pendidikan Daerah Sandakan

 ??  ?? ZUL Hairi Jalil dianugerah­kan sebagai Tokoh Prasekolah SK Mawar 2018.
ZUL Hairi Jalil dianugerah­kan sebagai Tokoh Prasekolah SK Mawar 2018.
 ??  ?? PERSEMBAHA­N nyanyian solo oleh salah seorang murid prasekolah.
PERSEMBAHA­N nyanyian solo oleh salah seorang murid prasekolah.
 ??  ?? ANTARA persembaha­n oleh murid-murid Prasekolah SK Mawar yang mencuit hati tetamu yang hadir.
ANTARA persembaha­n oleh murid-murid Prasekolah SK Mawar yang mencuit hati tetamu yang hadir.
 ??  ?? PERSEMBAHA­N nasyid oleh murid-murid Prasekolah SK Mawar.
PERSEMBAHA­N nasyid oleh murid-murid Prasekolah SK Mawar.
 ??  ?? MURID prasekolah mempersemb­ahkan tarian tradisiona­l.
MURID prasekolah mempersemb­ahkan tarian tradisiona­l.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia